Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Rahsia pada “BERSYUKUR’

Dulu saya juga tertanya-tanya mengapa ada kawan arwah abah yang kaya dan makin kaya…tapi abah selalu cerita kawannya si polan bin si polan ni kaya dan suka buat sedekah. Bagi sedekah bukan sikit tapi ribu cerita abah lagi.

Mudahnya Menjemput Rezeki

Saya menjadi teruja dan sering belajar dan mencari bahan dalam buku….mengapa orang boleh jadi kaya? Dan apa yang buat mereka jadi kaya? Memang betul mereka kaya sebab kerja keras dan hasilnya terletak pada apa yang mereka usahakan.

Namun sesuatu yang saya sedar, kaya bukanlah penamat segala-galanya. Kaya itu untuk membuat amal, kaya itu untuk membantu fakir miskin dan 8 golongan asnaf. Namun kaya tidaklah pada duit semata tapi banyak aspek kehidupan yang lain …kaya kasih sayang, kesihatan, keselamatan paling utama.

Hebatnya nikmat  itu sentiasa bertambah dan melimpah apabila kita bersyukur. Bersyukur dalam konteks lebih luas iaitu banyak memberi dan berkongsi rezeki yang diperolehi. Barakah sedekah itu sendiri membuatkan rezeki lain turut bertambah….kesihatan yang bertambah baik, kasih sayang yang lebih hebat, keselamatan yang terjamin oleh ALLAH malah banyak lagi.

Hakikatnya zakat, infaq dan sedekah itu ibarat terusan sungai yang kita sediakan untuk memudahkan pengaliran rezeki kepada kita sendiri. Lagi besar terusan yang rezeki yang datang.

Walaupun bukan itu niat utama namun itulah fadilat amalan mengamalkan ZIS.

Apapun ia balik pada niat kita. Kalau dunia yang kita kejar, dunialah yang kita dapat. Moga kita semua tergolong dari hambaNya yang sentiasa berusaha mendapat redhaNya di dunia dan akhirat.

Jom kita sediakan terusan rezeki yang hebat!

Salam sayang dari

 N @ Ibu Addinnasa

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *