Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu : Doa yang Bagus untuk wanita.

Kehidupan tanpa doa ibarat pokok yang tak berbuah. Tiada kemanisan hidup jika tidak bergantu pada Allah. Dalam sharing kali ni saya nak kongsikan Doa yang bagus untuk wanita amalkan.

Kita sedia maklum , banyak tanggungjawab yang kita galas bersama pasangan. Namun keadaan fitrah manusia, wanita ni lebih mudah sensitif, mudah penat ditambah kita ada ABC [ Allah bagi cuti]

Dalam sharing kali ini saya nak share kan 3 Doa yang Bagus untuk Wanita amalkan.

 

Doa bagus untuk wanita

 

Rasulullah ﷺ kemudian mengajarkan kepada Saidatina Fatimah doa dan zikir ini yang sunnah untuk dibacakan setiap hari iaitu:

يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ أَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ، وَلَا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ

“Ya Hayyu Ya Qayyum, Dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan. Perbaikilah urusanku seluruhnya, dan jangan Engkau serahkan aku kepada diriku walau hanya sekelip mata.” (Lafaz doa atau zikir ini daripada riwayat al-Nasa’i)

Sungguh Saidatina Fatimah merupakan anak bongsu Rasulullah bersama isteri baginda Khadilah alaihisalam. Maka antara banyak doa memang diajarkan kepada anakanda Rasulullah.

Selain doa di atas, ada doa pendek yang diajarkan kepada Saidatina Fatimah oleh Rasulullah. Ini juga bagus diamal pagi dan petang.

Menurut riwayat al-Nasa’i pula, Rasulullah ﷺ pernah mewasiatkan kepada Fatimah agar sentiasa membaca doa ini pada waktu pagi dan petang. Ini supaya kita sentiasa meletakkan kebergantungan diri kita kepada Allah tidak kira saat susah mahu pun senang.

كَانَ إِذَا كَرَبَهُ أَمْرٌ يَقُولُ: (يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ)

“Sesungguhnya Rasulullah apabila ditimpa sesuatu perkara maka Baginda akan mengucapkan:

Ya Hayyu, Ya Qayyum, birahmatika astaghith.” (HR al-Tirmizi)

Selain dari 2 doa ini, ada satu lagi doa yang Rasulullah ajarkan kepada puteri baginda

يَا أَوَّلَ الْأَوَّلِينَ وَيَا آخِرَ الْآخِرِينَ وَيَا ذَا الْقُوَّةِ الْمَتِينَ وَيَا رَاحِمَ الْمَسَاكِينَ وَيَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ

Yaa awwalal awwaliin wa yaa aakhirol aakhiriina wa yaa dzal quwwatil matiin wa roohimal masakiin wa yaa arhamar roohimiin.

“Wahai Yang Maha Awal di antara mereka yang awal, wahai Yang Maha Akhir di antara mereka yang akhir,

Wahai Yang Memiliki Kekuatan, wahai Yang Menyayangi orang-orang miskin, wahai Yang Maha Pengasih di antara mereka yang pengasih.” (doa ini dikutip dari HR. Abu Dawud)

Tambahan sharing , jemput baca artikel : Doa Murah Rezeki Yang Mudah Di Amal. Ini bagus untuk wanita yang berniaga supaya dipermudahkan urusan perniagaannya.

Jemput baca artikel kawan saya Doa Khas untuk Wanita

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
Wanita Muslimah Tunggak Keluarga Sakinah

012-8535689

One thought on “Pengedar Shaklee Kuala Terengganu : Doa yang Bagus untuk wanita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *