Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Bagaimana kehidupan yang kita mahukan lagi 10 tahun?

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Saya nak berkongsi cerita dengan anda…moga Allah bukakan pintu rahmatNya dan memberi ilham kepada yang memerlukan.

Bila Allah ilhamkan sesuatu, tiada siapa yang dapat menyangkal.

Begitulah cerita Shaklee saya

 

 

 

Pernahkah anda rasa satu ketika, bila ditimpa ujian..anda mengharapkan ada keajaiban dengan duit jatuh dari langit?

Mengharapkan ketika itu ada lah duit yang mana-mana terselit sebagai satu pertolongan terakhir?

 

Namun ….

semuanya hampa. Kerana kita hanya bergantung dengan gaji sedia ada tanpa ada emergency saving.

Saya pernah bekerja sebagai seorang guru sekolah rendah dengan pendapatan guru gred DG41.

 

Isunya bukan gaji, tapi di saat kita diperlukan oleh anak…bila anak sakit, bila suami pula outstation ditambah jauh dengan keluarga.

Masa saya lalui benda tu, saya tebalkan muka mengadap guru besar dan rakan sekerja kerana ada masa datang lambat, ada masa kena bawak anak ke meeting dan paling teruk bila kena amik emergency leave.

 

 

Bila anak sulung saya diuji dengan hernia kali kedua dan HFMD ditambah saya mengandung anak kedua, saya bangun malam minta Allah berikan saya kekuatan nak lalui benda ni.

 

Syukur saya ada usahakan pendapatan sampingan dengan Shaklee, walaupun part time dan pembelian sendiri dan kawan-kawan rapat…tapi paling bahagia tengah bulan ada duit tambahan tanpa perlu menunggu hari gaji.

Shaklee

 

Waktu tu saya rasa Allah gerakkan hati utk terus buat walaupun hasilnya tak seberapa untuk orang yang melihat nilai material tapi ia amat bermakna untuk saya dan keluarga.

Pertolongan Allah bukan sahaja melalui manusia lain tetapi ilham yang DIA beri untuk lakukan sesuatu.

Selepas anak kedua lahir, saya minta petunjuk Allah…saya nak jaga anak saya sendiri.

 

Saya minta restu suami nak buat Shaklee fulltime dan amik cuti tanpa gaji.

 

Semuanya kebergantungan pada Allah semata-mata.

 

Saya tak mahu sampai tua, saya hanya menjadi hamba Allah yang bersyukur tetapi hanya fikir untuk diri sendiri sahaja.

 

Saya nak contribute sesuatu pada keluarga [ mak dan adik beradik] serta masyarakat khususnya sedekah infaq waqaf.

 

Saya juga mahu memberikan anak saya kehidupan yang lebih baik dari zaman kecil saya.

 

Bukan menjadikan mereka lupa daratan dengan kekayaaan tetapi memadai menjadi orang yang bersyukur dengan rezeki yang ada dan memberi ikhsan kepada yang memerlukan.

 

Mungkin ada orang tak pernah nampak masa depan mareka lagi 10 tahun ke hadapan…tetapi saya selalu minta Allah bimbing dan tetapkan hati saya untuk agama, keluarga masa depan selagi hayat dikandung badan.

 

Jika kita tak memberikan sedikit usaha untuk bina masa depan diri sendiri…dan kita tak minta pun dengan Allah, macam mana kita nak dapat?

 

 

Pernah tak kalian minta dengan Allah, masa depan yang cerah…senang dalam semua urusan, dijauhkan dari khianat dan kejahatan ain manusia.

 

Jika kita bekerja dengan tekun dan semangat, kita membina karier. Namun jika kita bekerja untuk diri sendiri , usahakan sesuatu walau secara sambilan..kita membina masa depan.

 

Percayalah, jika anda pernah menjadi leader Shaklee satu masa dulu…Allah memberi anda hint untuk membina empayar legasi bisnes anda.

 

Cuma adakala kita perlu masa untuk sedar. Saya dulu buat Shaklee tahun 1999. Kemudian saya buat part time secara sambilan.

Saya TAK pernah quit atau berhenti.

Allah beri ilham untuk terus buat walaupun sedikit demi sedikit. Tahun 2010…saya kembali semula dengan empayar baru dan legasi baru dengan izin ALLAH juga.

Terus share kebaikan produk dan ingatkan orang tentang kesihatan kerana ia adalah ilmu yang boleh dimanfaatkan. Jadi kenapa anda tak mahu usahakan demi masa depan anda.

 

Berkongsi ilmu dan peluang kerana Allah.

 

Mungkin asbab ini Allah pilih kita untuk kebahagiaan dan kesenangan.

 

Ingat bukan semua orang kaya itu senang.

Tapi mintalah dengan Allah kesenangan dunia dan akhirat.

Senang beribadat, senang g umrah, senang g haji dan senang masuk syurga.

 

Doa juga Allah jauhkan kita dari kawan yang khianat dan kawan yang ada kejahatan ain [ yang cemburu dengan kejayaan orang dan niat tidak baik.

 

Moga Allah sentiasa membimbing kita ke arah kebaikan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Wallahu alam.

Jemput baca : Husnuzon dalam kehidupan harian

Mencari Shaklee Bukit Payong?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *