Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Keperluan Wanita Mengandung

Masa memula dapat tahu saya mengandung, Allah aje tahu perasaan tu. Mungkin sebab dah 2 tahun menanti…akhirnya masa dia sampai.

Waktu tu banyak benda dalam otak yang terlintas…seolah-olah macam la hari ni mengandung esok lusa bayi dah lahir….hahaha.

Balik dari klinik Dr Mattu saya cuma bayangkan saya nak makan sup tulang kat bandar. Sup yang pedas terliur betul bila ingat.

Sesampai dirumah saya dah mula fikir apa nak buat dan apa nak disediakan demi persediaan anak pertama ni. Mula mencari keperluan wanita mengandung dan bahan yang berkaitan di internet.

Suami saya cadangkan saya makan vitamin Shaklee untuk mengandung kerana beliau dapati makcik beliau yang berada di oversea amalkan Shaklee masa mengandung, hasilnya anak mereka mempunyai skor IQ yang tertinggi.

Waktu tu saya senyum dan berdoa agar anak saya nanti juga akan mempunyai IQ skor yang tinggi terutama bila saya mula makan vitamin Shaklee.

Masa mengandung ni, adalah waktu yang perlukan ibu mengandung mendapatkan rehat yang cukup.

Masa ni pula saya belum bekerja. Jadi banyak masa saya habiskan duduk di rumah sahaja.. Tapi masa ni saya ada masalah sembelit yang sangat teruk.

Berbalik kepada keperluan ibu mengandung, saya mula mencari info tentang kandungan bayi dari internet.

Waktu yang sama saya mula membuat perkiraan perbelanjaan anak yang bakal lahir ini. Hahaha…kalau ingat rasa kelakar juga.

Kerana saya bukan ibu yang bekerja waktu tu, saya memang bergantung sepenuhnya dari suami. Memang waktu tu sentiasa berangan, kan best ada gaji dari rumah.

Sebenarnya masa ni keperluan ibu mengandung memerlukan kesihatan mental dan fizikal. Ibu juga perlu mempunyai kesihatan yang optimum.

Riadah juga sangat penting. Bersenam walaupun hanya berjalan kaki sangat penting supaya ibu kekal aktif.

 

Walaupun ramai ibu waktu ni akan sibuk dengan pakaian bayi, katil tidur, tilam , kelambu dan sebagainya, namun ibu perlulah pastikan mempunyai baju yang sesuai dengan keadaan mereka, tilam yang selesa dan kasut yang selesa untuk dipakai sepanjang mengandung.

Ya kos semasa mengandung ini tidak kurang besarnya, tapi percayalah kos untuk membesarkan anak yang sihat juga perlukan modal yang besar.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *