Bila anak kita yang mengajar ibu bapa….
Solat tahajud dari sudut pandang si anak…
Benda ini saya lalui baru-baru ini…..
Alhamdulillah banyak perubahan yang berlaku pada si abang bila dia tahu dia akan sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Paling ketara adalah dia belajar tidur awal dan cuba bangun tahajud setiap malam.
Dulu saya selalu susah hati pasal benda ni…sebab dok kenangkan , arwah abah dulu selalu kejut saya bangun solat tahajud. Tapi untuk saya nak kejutkan anak-anak saya rasa berat sebab abah dulu memang gagah…kerja dari pagi sampai petang, adakala sampai malam.
Lepas balik rumah, rehat sambil menonton tv dengan keluarga. Rehatnya sekejap aje, tapi dia boleh bangun untuk solat tahajud dan dari situ la saya belajar solat tahajud sebab abah akan kejutkan saya untuk bangun solat.
Ada masa saya yang nakal ini akan ambil kesempatan, kerana bangun tengah malam…memang mata mengantuk la nak bangun ke sekolah..
so ada masa saya akan minta cuti dari sekolah alasan semalam dah bangun. Bukan la selalu tapi kadang-kadang tu memang ada.
Kenapa bangun tahajud? Boleh baca amalan selepas tahajud
Kerana banyaknya kelebihan solat tahajud ini, abah selalu pesan, jika ada hajat baik besar ke kecil…bangunlah qiam minta dengan Allah.
Mana boleh orang yang berhajat tidur lena tanpa bangun meminta dengan Allah?
Saya mula kenal kelebihan solat tahajud pada usia 14 tahun. Saya tak pernah sekolah asrama penuh tapi rezeki saya, abah saya selalu kejutkan untuk bangun qiam pada malam hari.
Bayangkan dari usia 14 tahun tu abah dah selalu suruh doa, nak jodoh dengan jurutera, nak rezeki hebat dan macam-macam lagi. Abah kata nak minta tentang masa depan kena minta dari sekarang.
Berbalik cerita anak sulung saya tadi….2-3 hari lepas kami duduk makan bersama di dapur. Dia mula buka cerita banyak hajat yang dia hanya terdetik dalam hati dapat jawapan hebat dari Allah. Dia kata mungkin sebab asbab solat tahajud kot, katanya.
Saya mula la bertanya…kalau solat tahajud tu, apa yang Addin minta? Sebagai ibu, nak la juga tahu hajat dalam hati si anak.
Seketika saya terkedu dengan jawapan si anak ini. Dia membuat saya berfikir dengan apa yang arwah abah saya didik saya dulu.
“Addin tak minta apa-apa pun masa tahajud bu. Addin anggapkan macam kewajipan solat fardu sahaja. Sebagai seorang hamba yang tunaikan tanggungjawab pada tuhannya.”
Terkesima dengan jawapan yang anak saya beri. Setiap malam dia cuba solat tanpa meminta apa-apa tetapi alangkah ajaibnya, semua yang terdetik dalam hatinya, Allah beri jawapan yang terbaik.
Tiba-tiba teringat kata kata ustaz Adi Hidayat….
https://youtu.be/OQTGW6-aBk4?si=CN4OIQCQ6GG7xK26
Selepas itu, terus saya bercerita sama abahnya Addin dan Nasa.
Abah, saya mulakan bicara…rupanya Addin setiap malam bangun tahajud, tanpa ada sebarang hajat. Kata saya, Dia cuma solat sebagai menunaikan tanggung jawab hama kepada tuhannya. Suami saya senyum.
Bagus katanya, kita boleh belajar dari anak kita. Selama ini kita bangun kerana berhajat. Jadi kita boleh mulakan juga sebagai satu tanggungjawab sebagai hamba kepada tuhannya.
Ya, adakala kita jadi ibu ayah tidak bermakna semuanya kita sahaja yang betul dan tahu. Adakala ilmu itu Allah sampaikan melalui anak. Ibu ayah juga manusia biasa, yang tetap belajar dari hal-hal kehidupan.
Adakala teguran dari Allah itu datang dari seorang anak. Cuma sebagai ibu bapa kita lihatlah dengan mata hati dan berlapang dada. Wallahu alam.
Terima kasih Allah, atas rahmatMu ini.
Artikel lain tentang Solat Tahajud
Terima kasih atas perkongsian yang sangat manis ini.