Disebutkan di dalam kitab al-Qirtas: “Telah menjadi tradisi bagi para sesepuh kami, khususnya tradisi dari
Ratib Al Attas – amalan ringkas pendinding diri
Sejarah Ratib Al-Attas
Wirid ini di susun oleh Al-‘Alamah Al-Habib
Umar Bin Abdurrahman Al-Attas.
Beliau dilahirkan di desa Lisk dekat dengan desa Ainat, di bagian bawah negeri Hadhramaut,
di akhir abad ke-10, tepatnya pada tahun 229H.
Sejak kecilnya beliau diasuh dan dididik oleh ayah beliau sendiri, al-Habib Abdur Rahman bin Aqil.
Meskipun mata beliau buta sejak kecil, tetapi Allah memberinya kecerdasan otak dan pandangan hati
(Bashirah), sehingga beliau mudah menghafal apa saja yang pernah didengarnya.
Beliau adalah keturunan Rasulullah S.A.W dan merupakan ulama besar di bumi Hadramaut , Yamen.
Kelebihan Ratib Al Attas
Berkata sebilangan ulama ahli salaf, antara keutamaan ratib ini bagi mereka yang tetap
mengamalkannya,adalah dipanjangkan umur, mendapat Husnul-Khatimah, menjaga segala kepunyaannya
di laut dan di bumi dan senantiasa berada dalam perlindungan Allah.
Bagi mereka yang mempunyai hajat yang tertentu, membaca ratib pada suatu tempat yang kosong dengan
berwuduk, mengadap kiblat dan berniat apa kehendaknya, InshaaAllah dimustajabkan Allah.
Para salaf berkata ia amat mujarrab dalam menyampaikan segala permintaan jika dibacanya sebanyak 41 kali.
Antara kelebihan Ratib Al-Attas ini adalah:
Ia menjaga rumahnya dan 40 rumah-rumah jirannya dari kebakaran, kecurian dan terkena sihir.
As-Syeikh Ali Baras berkata: “Apabila dibaca dalam suatu kampung atau suatu tempat, ia
mengamankan ahlinya seperti dijaga oleh 70 pahlawan yang berkuda”.
Ratib ini mengandungi rahsia-rahsia yang bermanfaat. Mereka yang tetap mengamalkannya akan
diampunkan Allah dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut.
Bagi mereka yang terkena sihir dan membaca ratib, Insya-Allah diselamatkan Allah dengan berkat Asma’
Allah, ayat-ayat al-Quran dan amalan Nabi Muhammad s.a.w.
Al-Habib Husein bin Abdullah bin Muhammad bin Mohsen bin Husein al-Attas berkata: “Mereka yang
mengamalkan ratib dan terpatuk ular nescaya tidak akan terjadi apa-apa pada dirinya.
Bagi orang yang takut nescaya akan selamat dari segala yang ditakuti.
Pernah ada seorang yang diserang oleh 15 orang pencuri dan dia selamat.”
Itulah serba sedikit kelebihan ratib yang di susun oleh Habib Umar Bin Abdurahman Al-Attas.
Segala hajat yang terbuku di hati insyaAllah dikabulkan oleh Allah.
Dikatakan oleh Habib Ali bin Hasan al-Attas di dalam kitab al-Qirtas bahawa Habib Umar suka membaca
“Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak
Dan firman Allah:
“Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah
suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara
keledai”. (Luqman: 19)
Jika ratib al-Attas ini dibaca secara berkelompok, maka hendaklah dibaca dengan suara yang tiada terlalu
“Dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solatmu dan janganlah pula selalu merendahkannya