Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Berniaga sendiri

Sebelum saya bergelar peniaga berniaga sendiri, saya adalah bekas seorang guru KPLI.

Bukan satu keputusan yang mudah untuk menukar kerjaya dari seorang guru kepada seorang  peniaga.

Walau bagaimanapun, saya dibesarkan berlatar belakangkan keluarga yang berniaga…pastinya ada lah sedikit pengalaman yang saya gunakan sebagai panduan.

Arwah abah dulu berniaga macam-macam. Perusahaan makanan, pembuatan , penjualan….semua ada. Saya belajar sesuatu dari sini…JANGAN CEPAT MENUKAR BISNES jika nak dapatkan kejayaan yang besar.

Kena belajar sabar dan bertahan.

Itu saya pegang bila saya nak mulakan bisnes Shaklee dari rumah sebagai berniaga sendiri.

Kos overhead dah kurang sebab tak perlu sewa kedai sebab berniaga sendiri kat rumah aje dan tak perlu nak bayar upah pekerja sebab semua kita buat sendiri.

 

Selepas dah berhenti untuk hampir 17 tahun dari profesion perguruan, saya memang fokus berniaga.

Walaupun saya mula berniaga sejak zaman Universiti dan kini dah lebih 25 tahun dengan bisnes Shaklee….banyak yang saya pelajari.

Banyak orang bercita-cita untuk mempunyai perniagaan sendiri dan bebas dari tekanan majikan. Namun, tidak semua orang berani untuk mengambil risiko dan melangkah ke dunia keusahawanan. Apakah sebenarnya kelebihan berniaga dari makan gaji?

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu Ready Stok

Berikut adalah beberapa point yang boleh dijadikan sebagai panduan:

  • Kebebasan masa dan kawalan penuh. Apabila anda berniaga, kita boleh mengatur masa kita sendiri dan menentukan arah perniagaan kita tanpa perlu terikat dengan ketetapan atau arahan orang lain. Kita juga boleh meluangkan masa bersama keluarga, kawan-kawan, atau aktiviti-aktiviti yang kita minati

 

  • Potensi keuntungan lebih tinggi. Jika perniagaan kita berkembang dan berjaya, kita boleh memperoleh keuntungan yang lebih tinggi daripada gaji bulanan yang tetap. Kita juga boleh menikmati bonus, insentif, atau ganjaran yang di tetapkan sendiri berdasarkan prestasi perniagaan kita.

 

  • Membantu orang yang memerlukan bantuan. Dengan berniaga, kita boleh membantu orang lain dari segi kewangan, pekerjaan, atau taraf hidup dengan hasil perniagaan kita. Sesiapa yang berniaga boleh menyumbang kepada masyarakat, membina rangkaian, atau melibatkan diri dalam kerjasama sosial yang bermanfaat.

 

  • Cabar kemampuan diri sendiri. Berniaga memerlukan kita untuk menyelesaikan masalah, berfikir kreatif, dan mengambil keputusan dalam situasi yang mencabar. Ini boleh meningkatkan kemahiran, pengetahuan, dan keyakinan diri kita. Selain itu  juga kita boleh belajar dari kesilapan dan memperbaiki perniagaan kita.

 

  • Berbangga dengan pencapaian. Apabila berniaga, kita boleh berbangga dengan apa yang kita buat dan capai. Kita boleh melihat hasil usaha kita secara langsung dan mendapat penghargaan dari pelanggan, rakan niaga, atau masyarakat atau dari syarikat. Kita juga boleh menjadi contoh atau inspirasi kepada orang lain.

Artikel lain yang boleh dirujuk : Bekerja VS Berniaga

 

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu Ready Stok

Berminat nak sertai kami? Boleh mendaftar keahlian anda di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *