Bersalin ceaser apa yang si ibu perlu makan?

Sering berlaku, wanita yang mahu beranak secara normal terpaksa bersalin Caesar.

Saya sendiri melalui dua kali  bersalin ceaser; melahirkan Addin yang tak cukup bulan (placenta detached) dan melahirkan Nasa yang mana doktor sarankan ceaser kerana tiada jalan pembukaan untuk Nasa keluar.

Bezanya melahirkan Addin saya ditidurkan sepenuhnya manakala Nasa saya hanya dibius separuh badan dan saya sedar.

 

 

Terdapat pelbagai sebab dan keadaan yang mungkin membawa kepada pembedahan Caesar.

 

Antara sebab mengapa si ibu perlu melalui ceaser adalah

 

Kedudukan bayi songsang

Beberapa minggu sebelum kelahiran, secara amnya bayi akan mengubah kedudukan kepada kelahiran kepala dahulu. Namun begitu, kadang kala ini tidak berlaku dan bayi kekal dalam kedudukan kaki dahulu – ini dipanggil kedudukan songsang.

Walaupun masih terdapat peluang untuk kelahiran normal, terdapat beberapa risiko yang signifikan, maka doktor secara umumnya akan menyarankan pembedahan Caesar di dalam kes sebegini

 

Kelahiran  Bayi Kembar

Sedikit rumit untuk membuat keputusan bagi kelahiran kembar. Doktor akan menyarankan jenis kelahiran berdasarkan kedudukan kedua-dua bayi di dalam rahim – sekiranya tiada kedudukan songsang, kelahiran normal adalah mungkin dan selamat.

Sekiranya kedudukan bayi pertama adalah normal sementara bayi kedua songsang, terdapat kemungkinan untuk kelahiran normal, bergantung kepada kedudukan bayi kedua setelah kelahiran bayi pertama.

Namun begitu, sekiranya kedua-dua bayi berada dalam kedudukan songsang, atau bayi pertama dalam kedudukan songsang, pembedahan-C akan disarankan.

 

Pelvis ibu sempit

Pembukaan pelvis yang kecil menambahkan risiko untuk kelahiran normal, contohnya sakit bersalin yang berlarutan, di mana bayi terlalu besar untuk melalui pelvis. Di dalam kes di mana doktor mendapati terdapat kemungkinan untuk melahirkan secara normal adalah tidak selamat kerana pelvis yang kecil, mereka akan mencadangkan bersalin ceaser.

 

Komplikasi sewaktu melahirkan

Walaupun semua tanda adalah memberangsangkan sehingga waktu kelahiran, melahirkan mungkin tidak selancar yang diharapkan. Sekiranya kelahiran tertangguh berlarutan tanpa perkembangan yang nyata, atau sekiranya bayi berada di dalam keadaan yang lemah, doktor mungkin akan melakukan pembedahan-C kecemasan untuk menyelamatkan ibu dan bayi.

 

Pembedahan-C elektif

Ada yang memilih untuk menjalani pembedahan Caesar walaupun tidak ada sebab perubatan yang menyarankannya,

kerana pembedahan-C mempunyai risiko yang lebih rendah untuk inkontinens dan ketidakfungsian seksual bagi ibu, dan mempunyai risiko lebih rendah untuk mengalami kekurangan oksigen atau trauma sewaktu bayi melalui saluran kelahiran.

Namun begitu, terdapat risiko dan komplikasi lain serta waktu pemulihan yang lebih panjang untuk pembedahan-C elektif’

 

Sebelum melahirkan anak saya dah study apa yang perlu saya makan untuk menyusukan anak.

Disamping itu juga saya pastikan luka ceaser saya cepat baik. Antara yang saya amalkan sepanjang penyusuan sudah pasti vitamin kerana saya tahu saat itu tubuh saya amat memerlukan  vitamin padan ketika itu.

 

Artikel lain : Ceaserean tak menghalang saya menjayakan  penyusuan susuibu.

Artikel tambahan , testimoni ceaserean : Bersalin ceaserean bukan penghalang

 

Bersalin Ceaser
Bersalin Ceaser

Saya tak nafikan sakit tempat ceaser amik masa nak baik, maka kita sebagai ibu kena kuat ditambah nak menyusukan anak yang baru lahir.

Dahulu saya bergantung dengan set menyusu semata sebab saya fikir anak semata. Tapi arwah mak selalu kata si ibu kena sihat barulah seisi keluarga akan sihat.

Sebab kalau ibu sebagai tunggak surirumah tak sihat bagaimana dia nak uruskan keluarga? Apatah lagi anak yang baru lahir.

Benar juga kata mak. Masa tu Addin dah 6 bulan dengan berat hampir 10 kg… kus semangat.

Kemudian saya buat sikit research vitamin apa yang sesuai untuk ibu bersalin ceaser dan menyusukan anaknya.

Saya dapati dari pembacaan saya ada beberapa vitamin penting yang perlu antaranya ialah :

Zinc 

Zink membantu menukarkan karbohidrat, lemak dan lipid kepada tenaga.

Ia memastikan tubuh membakar makanan yang kita makan dengan sempurna untuk mengelakkan gangguan dalam penghasilan tenaga yang boleh menyebabkan keletihan.

Zink sangat penting untuk membaik pulih dan mempercepatkan proses penyembuhan luka dalaman dan luka jahitan ibu bersalin.

Zink membantu dalam proses pengecutan rahim untuk kembali normal dan mengatasi masalah rambut gugur selepas bersalin.

Vitamin C

Vitamin C Satu lagi komponen penting yang harus anda utamakan dalam diet menu berpantang czer setiap hari ialah vitamin C. Selain membantu menguatkan sistem imun badan anda7.

Malah, vitamin C juga berperanan meningkatkan sumber antioksidan8.

 

B Complex

B-Complex mengandungi 8 jenis Vitamin B yang penting untuk kesihatan tubuh badan.

Ia juga membantu menukarkan makanan kepada tenaga supaya ibu dalam pantang kekal sihat dan berselera makan.

Selain daripada membantu ibu berpantang bebas stress dan depresi dengan mengelakkan meroyan ketika di dalam tempoh berpantang tersebut.

 

Kalsium

Keperluan bagi kalsium semasa menyusukan bayi adalah tinggi kerana susu ibu mengandungi kalsium.

Apabila paras kalsium di dalam darah ibu tidak mencukupi untuk ibu dan bayinya, kalsium yang tersimpan di dalam tulang ibu akan dikeluarkan untuk menghasilkan susu dan mengakibatkan jisim tulang ibu berkurangan.

Vitamin E

Memandangkan ibu ceaser akan rasa denyut kat tempat operate maka digalakkan makan vitamin E.
Boleh baca artikel ini : Vitamin E boleh kurangkan denyut tempat operation

 

ESP 

Selain mengurangkan rasa sakit ibu bersalin, ia juga bagus untuk ibu menysu.
Boleh baca : kebaikan ESP untuk ibu menyusu.

 

Maka jika anda mahukan kesihatan yang optimum pastikan anda dan bayi mendapat manfaat bersama.

Boleh dapatkan Shaklee dari saya

 

 

Pengedar Shaklee sejak 1999.
Ready Stock Terengganu

COD dan penghantaran seluruh Malaysia

Boleh baca artikel saya sebelum ini Mengapa Ibu Menyusu Perlukan Vitamin dan Mineral? 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *