Ibu menyusu perlukan cukup vitamin dan mineral kerana…..

“Dah bersalin, buat apa nak makan vitamin lagi?”
“Ish, mana boleh makan semua2 ni (prenatal vitamins) dah tak mengndung lah”
“Jangan memandai makan vitamin2 ni, masa mengandung dulu memang doktor bagi suruh makan. Sekarang mana doktor bagi dah?”
“Aku nak ubat tambah susu, bukan vitamin2 ni”
Adalah antara salah tanggapan terhadap pengambilan vitamin dan mineral bagi ibu menyusu. Ramai yang menganggap pengambilan vitamin dan mineral hanya semasa hamil sahaja, malah ada yang tidak mengambil sebarang vitamin walaupun diberikan oleh doktor atas alasan “Takut bayi besar”.
Sebenarnya pemberian/pengambilan vitamin, dalam keadaan apa jua sekalipun (lebih2 lagi ketika hamil) adalah untuk membekalkan keperluan nutrisi yang lengkap kepada empunya diri. Ini memandangkan, tak semua dari kita mampu untuk menyediakan hidangan yang benar2 mengikut saranan piramid makanan; banyak mengambil makanan segera; pengambilan makanan yang sudah hilang zatnya; terdedah kepada pencemaran dan sebagainya.
Ibu yang menyusukan, ibu hamil adalah antara mereka yang memerlukan lebih nutrisi daripada orang lain, yang tidak hamil atau menyusu. Memetik dari blog Kak Engku Bidan Bersalin:

Ibu yang menyusu bayi memerlukan lebih nutrient dari ibu yang tidak menyusukan bayi untuk membentuk susu dan membekalkan nutrient kepada susunya. Jadual di bawah menunjukkan ringkasan perbandingan keperluan nutrient untuk ibu mengandung, ibu yang menyusu dan ibu yang normal: Nutrient:
1. Tenaga (kilokalori)
  • Wanita Normal : 2000
  • Wanita Mengandung : + 150 – 350
  • Wanita Menyusu : + 550
2. Protein (g)
  • Wanita Normal : 37
  • Wanita Mengandung : + 13
  • Wanita Menyusu : + 24
3. Kalsium (mg):
  • Wanita Normal : 450
  • Wanita Mengandung : + 750
  • Wanita Menyusu : + 750
4. Ferrum (mg) :
  • Wanita Normal/Mengandung dan Menyusu : 28
5. Vitamin A (mcg) :
  • Wanita Normal/ Mengandung : 750
  • Wanita Menyusu : + 450
6. Vitamin D (mcg):
  • Wanita Normal : 2.5
  • Wanita Mengandung/Menyusu : + 7.5
7. Thiamine (mg) :
  • Wanita Normal : 0.8
  • Wanita Mengandung/Menyusu : + 0.2
8. Riboflavin (mg) :
  • Wanita Normal : 1.2
  • Wanita Mengandung : + 0.2
  • Wanita Menyusu : + 0.3
9. Niacin Equivalent:
  • Wanita Normal : 1.3
  • Wanita Mengandung : + 2.3
  • Wanita Menyusu : + 3.6
10. Asid Folik (mcg) :
  • Wanita Normal : 200
  • Wanita Mengandung : + 200
  • Wanita Menyusu : + 100
11. Vitamin B 12 (mcg):
  • Wanita Normal : 2.0
  • Wanita Mengandung : + 1.0
  • Wanita Menyusu : + 0.5
12. Asid Askorbik (mg) :
  • Wanita Normal : 30
  • Wanita Mengandung / Menyusu : + 20

Jadual di atas menunjukkan peningkatan keperluan tenaga sebanyak 25% bagi ibu yang menyusukan bayi. Purata pengeluaran susu adalah sebanyak 850 malam / hari dan tenaga diperlukan untuk tujuan ini adalah 785 kilokalori. Walaubagaimanapun jumlah yang disyorkan oleh Malaysia Recommended Dietaru Allowance adalah tambahan 550 kilokalori kepada keperluan yang normal sebab kalori yang selebihnya boleh diperolehi dari tisu lemak seseorang. Tambahan kalori ini adalah mencukupi untuk jangkamasa penyusuan selama 3 bulan. Bagi ibu yang menyusu bayi melebihi jangkamasa ini atau ibu yang mengalami turun berat badan yang melebihi had atau ibu yang menyusu lebih dari seorang anak akan memerlukan tambahan sebanyak 550 kilokalori sehari.
Pada kebiasannya penggunaan tisu lemak dari tubuh semasa tempoh penyusuan akan menyebabkan ibu mengalami kekurangan berat badan. Sekiranya ibu pandai memilih makanan yang baik, kekurangan kalori serta penurunan berat badan tidak akan mempengaruhi pengeluran susu. Adalah perlu diingat bahawa lemak dalam tubuh digerakkan agak lambat, oleh itu kekurangan kalori yang terlalu banyak dalam diet boleh menjejaskan pengeluaran susu. Ini bermakna ibu yang menyusukan bayi seharusnya tidak boleh mengamalkan diet yang serius untuk mengurangkan berat badan, akibatnya pengeluaran susu akan berkurangan. Ibu-ibu yang ingin mengurangkan berat badan boleh berbuat demikian dengan mengamalkan cara makan yang baik, mengelakkan penggunaan banyak lemak dan gula di dalam diet dan disertai dengan senaman.
Peningkatan keperluan protein akan membekalkan protein dalam susu ibu. Pengambilan protein dan kalori yang berkurangan tidak akan mempengaruhi kualiti susu tetapi kuantiti susu akan berkurangan.
Keperluan vitamin dan mineral juga meningkat semasa laktasi/penyusuan. Penekanan diberi kepada kalsium, sebab vitamin dan mineral yang lain mudah diperolehi dengan memakan berbagai jenis makanan dan meningkatkan pengambilan kalori.
Ibu yang menyusukan bayi perlu mempastikan pengambilan kalsium yang tinggi untuk mengelakkan kehilangan kalsium tulang di hari hadapan. Pengambilan kalsium yang rendah di dalam diet tidak akan mempengaruhi kualiti atau kuantiti susu sebab kekurangan ini akan ditampung oleh pergerakan kalsium dari tulang yang boleh mempengaruhi kesihatan ibu dalam jangkamasa yang panjang.

Ternyata pengambilan supplement (vitamin dan mineral) adalah untuk melengkapkan keperluan ibu menyusu. Protein adalah penting dalam penyusuan kerana kebanyakan milk booster adalah dari jenis protein (soya, alfalfa, etc.). Protein yang diambil oleh ibu menyusu juga memperngaruhi kadar protein di dalam susu ibu. Seorang ibu yang mengambil soya/alfalfa akan merasa habit penyusuan anaknya berubah selepas pengambilan makanan berprotein tinggi tersebut. Mungkin anaknya tidak lagi perlu mengambil masa yang lama untuk kenyang.
Lagi pula, faedah kepada ibu-ibu ialah mengurangkan kepenatan dan stress. Apabila badan cukup keperluan nutrisinya, ibu akan lebih stabil dari segi mental dan fizikal. Bila hati tenang, nak beribadah pun mudah.

Credit to: mommyLina

Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *