Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Bekerja VS Berniaga

Bekerja VS Berniaga

Bekerja VS Berniaga .

Bekerja dan berniaga merupakan dua dunia yang berbeza.

Arwah abah dulu pernah bekerja di Jabatan Kerajaan sebelum beliau mulakan kehidupan sebagai peniaga.

Pengalaman beliau menjadi panduan hidup saya.

Selepas habis belajar, saya usaha mencari kerja. Dua tiga tahun juga jadi penanam anggur terhormat. Duduk rumah dan semua belanja ditanggung. Maka kerana itu kita takkan berbelanja berlebihan

Selepas beberapa tahun saya diterima masuk Maktab Perguruan. Kebetulan saya dapat kursus subjek yang memang saya minat iaitu Matematik. Selepas habis kursus Diploma Perguruan setahun, saya mulakan dunia kerjaya sebagai seorang guru Matematik.

Kelebihan Bekerja

Sepanjang saya bekerja saya sangat seronok kerana menjadi guru merupakan cita-cita saya dari darjah satu lagi.

Saya masih ingat cikgu pertama saya yang mengajar saya mengenal huruf ABC adalah seorang cikgu perempuan yang lemah lembut iaitu Puan Montiah. Seorang yang sangat penyayang.

Saya cuba belajar menjadi guru yang penyayang pada anak-anak didikan saya. Dapat pula kelas yang corot, 3D tidak menjadikan saya mengalah dengan keadaan.

Pada saya jika seseorang mempunyai jiwa mendidik, tidak lah menjadi masalah untuk menjadi seorang guru.

Cuma sedikit kurang seronok bila melibatkan pentadbiran. Kerja cikgu mula bertambah.

Ya bila bekerja kita punya pendapatan tetap. Setiap bulan tak perlu risau tentang duit. Masa yang sama kita akan terima antara 25 hb hingga 28 haribulan merupakan tarikh gaji. Dengan gaji tetap sebagai DG41 membuatkan saya seronok.

Bila dah lalui dunia bekerja, baru saya faham apa maksud orang…hujung bulan poket penuh. Awal bulan mulai merosot , dan tengah bulan mulai kering.

Benarlah, hujung bulan baru kita terima gaji…poket memang penuh. Namun kita kan ada komitmen bulanan, maka ia mula merosot pada awal bulan untuk membayar semua belanja bulanan termasuklah rumah sewa, loan kereta dan sebagainya.

Bila ke arah tengah bulan, perbelanjaan menjadi sangat tight dan mindset kita kena tunggu next gaji.

Kita takkan risau jika kita demam atau sakit, ada MC yang akan cover. Kalau jadi cikgu, dalam setahun ada 7 hari cuti tambahan kepada cuti sekolah. Pekerjaan yang banyak cuti, itulah yang saya sangka.

Hari tak selalu panas…

Sangkaan saya mula merosot apabila saya mula ditugaskan untuk aktiviti luar sekolah pada hari Sabtu. Saya mula perasan, saya dah hilang 1 hari bersama anak dan suami.

Walaupun ia bukanlah setiap minggu, namun rasa berat juga nak hadap.

Bertugas diluar sekolah ada juga kebaikan. Kita mendapat network baru, berkenalan dengan guru sekolah lain.

Mula-mula jadi wakil guru besar ke event PPD tentang kebersihan diri. Bawak balik sample sabun jenama Life Bouy. Eh memula tu happy juga la. Kemudian ditugaskan jadi Pengadil untuk aktiviti lukisan.

Semua itu pengalaman. Seronok!

Masuk tahun kedua jadi guru, saya mengandung anak kedua. Saya masih aktif turun naik tangga ke kelas. Bukanlah masalah untuk mengajar walaupun mengandung.

 

Cabaran Bermula

Tahun tu pula mula ada penyakit yang dinamakan HFMD. Cikgu tidak sibuk mengajar bila penyakit ini mula merebak di sekolah kami. Semua cikgu ditugaskan membersihkan kelas.

Aktiviti membasmi kuman dilakukan bersama pekerja sekolah.

Tahun yang sama saya diuji bila anak sulung saya sendiri yang terkena jangkitan HFMD. Penyakit kaki tangan mulut mula disedari bila anak saya kurang makan, tidak bermaya, melepek aje.

Bukan mudah nak handle bila mengandung dan kita ada anak yang sakit.

Suami pula adakala kerja pergi offshore. Ia lebih mencabar.

Seperti dah jatuh ditimpa tangga….selepas anak sulung sembuh dari HFMD, saya pula yang terima ujian berikutnya.Seawal kandungan 6 bulan saya dah kena admitted.

Contraction dia berterusan padahal belum sampai masa pun nak lahir.

Bayangkan 2 bulan duduk hospital. Syukur sebab suami kerja swasta jadi rezeki anak juga la sebab dapatlah merasa hospital private.

Namun GB pesan pada cikgu sekolah, hantar paper exam anak murid kerana kata beliau, gaji saya jalan walaupun berada dalam hospital. Saat itu la saya terfikir…….

 

 

Cuba dunia bisnes 

Kelahiran anak kedua, saya dapat rezeki durian runtuh. Masa dalam pantang PM masa tu Pak Lah umumkan cuti tanpa gaji untuk menjaga dan menyusu anak up to 5 years,

Wah peluang besar. Duduk Sarawak pulak jauh dari keluarga. selepas dapat izin suami saya amik dulu cuti tanpa gaji selama tiga [3] tahun.

Dari sinilah saya mulakan diri menceburkan diri dalam bisnes..sebab saya rasa saya tetap perlukan pendapatan bulanan kerana saya punya komitmen diri sendiri , komitmen pada rumahtangga dan mak.

Ia sangat berbeza!!! Inilah Bekerja VS Berniaga.

Kalau kita rehat, maka takde la pendapatan. Berbeza dengan bekerja. Cuti sakit pun ada gaji.

Bukanlah semudah yang kita sangka!!!

Kelebihan Berniaga 

Selepas 2 tahun, saya mula nampak hasil berniaga. Pendapatan yang boleh capai lebih dari tingkat gaji zaman masa saya bekerja. Merasa makan di hotel. Bercuti hujung minggu di hotel. Boleh bawa anak untuk aktivit seni yang berbayar, masyaAllah.

Tapi bukan mudah seperti bekerja. Pendapatan cuma ada bila kita usaha dan kena selalu cari peluang selain cipta peluang.

Masa cuti 3 tahun pertama tanpa gaji, saya merasa rezeki bawak anak jalan USS [ Universal Studio Singapore] , HK Disneyland…MasyaAllah. Seronok.

Ini antara Shaklee Effect saya selepas merasa indahnya dunia penyusuan.

Ini membuatkan saya nampak Dua dunia yang berbeza. Bekerja VS Berniaga

Dua dunia berbeza

Jemput baca artikel : Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee yang ramai tak tahu

One thought on “Bekerja VS Berniaga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *