Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Nak berjaya tak boleh jadi seperti pahat dengan penukul

Nak berjaya tak boleh jadi seperti pahat dengan penukul dari zaman sekolah lagi saya dah terbiasa dengan ayat ini.

Pahat dengan Penukul

Saya suka peribahasa ni…ia memberi makna bahawa, janganlah kita buat sesuatu hanya selepas disuruh. Tiada inisiatif nak buat jika takde arahan.

Saya nampak benda ni dalam dunia bisnes. Ada orang mengharapkan kemajuan dan peningkatan tapi malangnya mereka hanya akan berusaha selepas di beri arahan.

Jika tiada arahan mereka akan leka dan ada segelintir tu akan lemau.

Mereka menyangka bahawa makan berniaga sama macam makan gaji. Walhal ia dua perkara yang berbeza.

Jika nak berjaya dalam bisnes, kita kena selalu cari peluang. Create initiative kalau dalam dunia corporate cakap. Teringat masa suami kerja Petronas dulu, beliau selalu kata nak maju dan berdaya saing kena la wujudkan inisiatif.

Peluang takkan datang bergolek. Kita la kena usahakan. Kena sabar dan sabar serta terus mencari peluang. Adakala melalui pembacaan kita akan dapat idea macam mana nak buat tindakan seterusnya.

Saya masih ingat zaman saya di Maktab Perguruan Miri dulu, nak skor kena la letakkan effort bukan hanya membaca tapi kena buat something masa praktikal.

Saya mengajar Matematik dalam Bahasa Inggeris dan minor kepada Pendidikan Kesihatan dan Jasmani. Tahu tak masa buat praktikal, suami saya sangat membantu.

Beliau tolong saya buatkan alat bantu mengajar yang sangat unik hingga Guru Penyelia saya kagum bila ia digunakan di sekolah tempat saya buat Praktikal.

Alhamdulillah Allah izinkan saya skor A dalam praktikal dan keputusan semasa menyertai Diploma Pendidikan sangat luarbiasa.

Sama sebenarnya jika nak berjaya dalam bisnes ni. Kena agressif pada peringkat awal, untuk apa? Supaya orang kenal kita buat bisnes ni dan orang mula confident dengan kita.

Nak buat bisnes ni jiwa kena kental, telinga kena tebal dan hati kena kebal.

Kalau mudah koyak, susah nak buat bisnes. Kalau sesitif tak boleh ditegur pun sama…kita tak pergi jauh.

Bukan semua teguran itu membunuh. Teguran jika dipandang sudut baik, maka baiklah yang kita nampak.

Adakala teguran itu merupakan satu motivasi untuk kita pergi lebih jauh.

Jika anda sedang mencari bisnes semasa dah retire mulakan dari sekarang. Kami sedia membantu.

Ingin menjadikan Shaklee sebagai part time anda? Jom sertai kami.

 

 

One thought on “Nak berjaya tak boleh jadi seperti pahat dengan penukul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *