Doa Berbuka Puasa dan Terjemahannya

Doa Berbuka Puasa dan Terjemahannya

Dari zaman sekolah kita telah diajar tentang Doa Berbuka Puasa  dan Terjemahan. Masih ingat lagi tak?

Hari ni dah 8 hari Umat Islam seluruh Malaysia berpuasa.Alhamdulillah Allah masih berikan kita rahmatNya menikmati Ramadhan dengan aman dan tenang.

Jom kita ulangkaji tentang Doa Berbuka Puasa serta Terjemahan

Doa berbuka puasa jika dibaca secara sendiri:

Doa Berbuka Puasa.

Namun adakah kita tahu terjemahannya?

Ertinya: “Ya Allah kerana Mu aku berpuasa, dengan Mu aku beriman, dengan rezekiMu aku berbuka (puasa), dengan rahmatMu Ya Allah Tuhan Maha Pengasih”

Bagus nya bila kita baca doa, kita faham maksud doa tersebut. Ia akan lebih sampai di hati. Nikmat dia lain.

 

Doa Berbuka Puasa dan Terjemahan untuk berbuka secara berjamaah.

Namun tahu kah kita doa berbuka puasa bila kita berbuka secara berkumpulan atau beramai-ramai?

Doa Berbuka Puasa.

Membawa maksud :

“Ya Allah kerana Mu kami berpuasa, dengan Mu kami beriman, dengan rezekiMu kami berbuka (puasa), dengan rahmatMu Ya Allah Tuhan Maha Pengasih”

 

Amalan Sunnah Ketika Berpuasa

[box] Berdoa Sebelum Berbuka[/box]

Bila kita dah berpuasa sepanjang hari, pastinya kita mengharapkan ganjaran yang hebat dari Allah. Maka adalah baiknya kita mengambil peluang yang Allah bagi pada masa ini.

Antara waktu mustajab doa adalah ketika berdoa sebaik sebelum berbuka puasa. Nabi SAW bersabda:

“Ada tiga doa yang tidak tertolak. Doanya orang yang berpuasa ketika berbuka, doanya pemimpin yang adil dan doanya orang yang dizalimi.”

Hadis Riwayat At Tirmidz

[box] Segerakan Berbuka Puasa[/box]

Satu sunnah yang diajarkan oleh Rasulullah SAW adalah untuk kita menyegerakan berbuka puasa.

Nabi SAW pernah bersabda dengan maksud:

“Manusia itu akan terus berada dalam kebaikan selagi mana dia menyegerakan berbuka puasa.”

Bukhari & Muslim

 

[box] Berbuka puasa dengan Kurma dahulu[/box]

Salah satu sunnah yang baik ketika berbuka puasa ialah dengan mengambil Kurma. Ini dikatakan ia adalah glukos ringkas dan tidak menjadikan kita berat untuk solat terawih nanti.

Anas Bin Malik meriwayatkan yang bermaksud:

 

“Rasulullah apabila baginda berbuka puasa, baginda berbuka dengan beberapa biji kurma basah(rutab) sebelum solat. Jika tiada kurma basah, baginda berbuka dengan kurma kering(tamar). Jika tiada kurma kering, baginda berbuka dengan beberapa teguk air.”

Hadith Riwayat At-Tarmizi

 

 

[box] Minumlah air [/box] 

Waktu berbuka ni kita perlu la minum air lebih sedikit supaya badan tak dehidrasi untuk puasa esok hari.

Dengan minum air sedikit sebanyak memberi kekenyangan pada seseorang itu supaya tidak makan terlalu banyak.

Jangan lupa ucapan alhamdulillah setelah mengambil air. Rasulullah bersabda:

Jangan minum terus menelan seperti unta, tetapi dalam dua atau tiga (teguk). Menyebut nama Allah (Bismillah) apabila memulakan minum dan memujiNya (Alhamdulillah) selepas telah selesai (minum)

Hadis riwayat At-Tirmidzi

Shaklee mempunyai minuman yang sangat bagus diamal sepanjang bulan puasa untuk elak dehidrasi.
Boleh wasap saya untuk lebih lanjut 

[box] Doa Ketika Waktu Berbuka [ Waktu Mustajab] [/box]

Nabi SAW :

“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak” (HR Ibnu Majah)

Ketika kita sibuk-sibuk menyediakan juadah berbuka pastikan kita spare sedikit masa, sekitar 3-5 minit sebelum masuk waktu berbuka, untuk menadah tangan berdoa kepada Allah SWT.

 

Artikel lain : Niat Puasa Ganti

One thought on “Doa Berbuka Puasa dan Terjemahannya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *