Amalan mudah melapangkan rezeki 

Amalan mudah melapangkan rezeki

Jemput Baca : Doa murah Rezeki yang Mudah Amal

Ramadhan ni bulan yang kita boleh pertingkatkan amalan sambil usaha yang kita buat untuk mencari rezeki keluarga.
Tidak semestinya berniaga baru boleh buat, tapi jika bekerja pun, mana lah tahu asbab beramal Allah kurniakan rezeki dari jalan yang tidak di sangka-sangka.
Sebelum Subuh waktu sahur banyakkan istighfar
Boleh baca Subhananallah wabihamdih Subhanallahil azim astagfirullah. [ 100x]

Antara solat sunat subuh dan solat fardu subuh boleh amalkan

Ya Hayyu Ya Qayyum La Ila Ha Illa Anta [41x] – antara amalan mudah nak minta Allah jemput umrah atau haji.

Jadikan selawat tidak putus sepanjang hari , moga menjadi asbab beroleh syafaat Rasullullah di akhirat kelak dan banyak kemudahan Allah kurniakan di dunia
Doa elak stress, anxiety, hutang yang banyak…bacalah Doa elak Malas  3x setiap kali lepas solat.
Amalan mudah melapangkan rezeki 
Bukalah doa dengan selawat dan doa pembuka ijabah
Amalan mudah melapangkan rezeki 
Bacalah doa mohon kebaikan dan bimbingan Allah selalu.
Amalan mudah melapangkan rezeki 
Moga bermanfaat. Amalan mudah melapangkan rezeki
Ada ulama yang menyarankan, untuk menjadikan doa itu makbul ia dibaca berulang-ulang kali kerana ia menunjukkan kesungguhan kita mahukan sesuatu dan berharap sepenuhnya pada Allah.
Berulang-ulang bermaksud membaca hingga mendapatkan keyakinan dalam diri secara tak langsung.

#1 Berbuat Baik Dan Sentiasa Mendoakan Ibu Bapa

Janganlah hanya kerana kita dalam kesempitan baru terdetik dalam hati untuk berbakti kepada kedua ibu bapa kita. Ingat mereka adalah ibu ayah kita yang telah banyak membesarkan kita maka berdoalah agar diberikan kebaikan kepada diri mereka.

Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud : “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.”
(Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

#2 Doa Murah Rezeki Sepertimana Yang Dibaca Oleh Rasulullah Kepada Anas Bin Malik

اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ ووالسع له في داره وَبَارِكْ لَهُ فيما اعطيته واحسن اعماله والغفرله

Maksudnya: Ya Allah, perbanyakkanlah hartanya dan anak-anak-anaknya dan luaskanlah rumahnya dan berkatilah apa yg telah engkau kurniakan kepadanya dan perbaikilah amalannya dan ampunkan untuknya.

Jika anda mahu baca doa ini pada diri anda sendiri atau kepada perempuan, sila gantikan dhomir yang bersesuaian.

Artikel tambahan : Doa murah rezeki yang mudah amal

#3 Banyakkan Bersedekah

Amalan bersedekah ini merupakan antara keajaiban yang Allah berikan kepada mereka yang bersedekah. Mereka yang bersedekah harta mereka tidak berkurangan bahkan harta mereka semakin bertambah.

Tetapi ikhlaskan niat kita sewaktu hendak menghulurkan sedekah, jangan kita mengharapkan apa-apa balasan.

Mungkin kita merasakan harta kita tidak bertambah tetapi sekurang-kurangnya amalan ini menyebabkan kita rasa kaya dalam jiwa kita.

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha mengetahui.”
(Al Baqarah: 261)

 #5 Membantu Mereka Yang Lemah

Bantulah mereka yang lebih lemah daripada kita seperti orang sakit, fakir miskin, orang kurang upaya, orang tua dan lain-lain lagi. Ini kerana sabda nabi yang berbunyi; “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Nabi SAW bersabda maksudnya; “Carilah untukku orang-orang lemah kerana hanya kita diberi rezeki dan dibantu sebab orang-orang lemah dari kalangan kamu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Muslim, Ibnu Hibban, Al Hakim)

#6 Memudahkan Urusan Orang Lain Atau Menunaikan Hajat Mereka

Apabila kita memudahkan urusan orang lain insya-Allah Allah akan mudahkan pula urusan kita, dan apabila kita menunaikan hajat orang lain, insya-Allah Allah akan kabulkan pula hajat kita. Sabda Rasulullah yang bermaksud; “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Hadis Riwayat Muslim)

#7 Mempertautkan Silaturahim Sesama Manusia

Bagi mereka yang berniaga istilah networking sesama peniaga lain sudah tidak asing lagi. Semakin besar networking kita, semakin besar juga peluang-peluang perniagaan dapat diwujudkan.

Nabi SAW bersabda; “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya (menjalini silaturahim)” (Hadis Riwayat Bukhari)

Allahumma solli ala saidina Muhammad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *