Bagaimana Mahu Bisnes yang Berkembang?

Mencari jalan majukan diri dan kehidupan, Mahu Bisnes yang berkembang.

 

Walau mungkin perjuangan kita sama, tetapi yang pasti perjalanan menuju itu tidak akan sama.

Balik kepada rezeki kita. Rezeki ini pula juga berkait dengan orang sebelum kita, iaitu ibu bapa kita.

Kalau dari baka baik, insyaAllah baik la hasilnya.

Semuanya berkait. Tiada la hidup kita ni hanya berkisar cerita kita aje.

Dah lama buat bisnes dan mencari jalan Bagaimana Mahu Bisnes yang Berkembang?

Ujian dalam bisnes
Bisnes Shaklee

Bila kita nak buat sesuatu , nak usaha majukan hidup…kenalah usaha sesuatu. Contoh nak berniaga. Berniaga kena ada ilmu, tak boleh redah aje.

Setiap bisnes mempunyai SOP yang berbeza.

Jika nak berniaga masakan, kena tahu permintaan ke atas makanan yang kita nak niaga.

Jika MLM pula kena juga tahu mcm mana coraknya.

Yang pasti semua kena ada ilmu. Tak boleh main redah.

Tak boleh ikut orang buta-buta aje.

Bila ada ilmu, kita nak usahakan pun ada jalan dan langkah yang betul.

Kalau dah mulakan usaha, kita tak boleh la mengharap ia terus berhasil.

Saya masih ingat masa saya mula-mula terjebak dalam bisnes Shaklee.

Memandangkan keluarga saya berlatarbelakangkan bisnes, menjadikan saya lebih cenderung ke aras bisnes.

Arwah abah dulu, dari meniaga sebagai 2nd hand  car dealer, buka kedai makan, kedai runcit, meniaga ayam hidup eh  banyak lagi….membuatkan saya mengambil banyak iktibar dan tauladan dari kisah peniagaan abah sendiri.

 

Sebelum saya fokus Shaklee ni pun ada beberapa MLM dan Direct Selling yang saya usahakan.

Sebab apa join macam-macam?

sebab saya buat kerana seronok. Seronok berniaga. Dalam kata lain, tak nampak matlamat benar kerana hanya fokus DUIT semata-mata. Asal ada orang nak beli, kita jadi happy sebab tahu setiap pertukaran barang kepada duit adalah transaksi yang jadi harapan setiap hari.

Namun bila usia makin meningkat, banyak perkara berlaku akan mematangkan kita. Ujian itu kena ada untuk kita belajar sesuatu.

Episod saya bermula bila ada customer email bertanya, boleh tak saya nak buat Shaklee juga?

Berkembang bila kita mula fokus

Ada orang kata dia tak suka ujian, tapi ujian la guru kita yang boleh mendidik jiwa ini dalam banyak aspek kehidupan.

Makin lama dalam bisnes Shaklee ni saya mula belajar mana datang perkataan MLM.

 

Bukan meeting larut malam ya walaupun hakikatnya sampai sekarang orang bisnes ni suka meeting sampai larut malam.

Ia adalah bisnes Network.

Dalam kata lain, JARINGAN. Ia membantu Bagaimana Mahu Bisnes yang Berkembang.

Lagi besar Jaringan kita maka makin besarlah Bisnes kita

boleh berkembang.

Adakah orang yang petah bercakap aje yang boleh buat bisnes? Tidak semestinya. Paling penting kena jaga beberapa adab dan etika bergaulan dan ada batas dalam satu perhubungan.

Kena saling menghormati.

Tak boleh memaksa, bisnes takkan tahan lama.

Kerana ada dasar kekerasan di situ.

Mungkin ramai memilih bisnes yang tak perlu deal dengan manusia, macam bisnes online dropship dan sebagainya. Hakikatnya, orang yang jual nasi ayam pun kena cari manusia sebagai pelanggan.

Jadi berniaga ni kena SABAR, Kena layan karenah Manusia dan Mendalami Ilmu Bisnes itu sehingga benar-benar kita faham.

Mungkin menjadi trend orang yang berjaya menayangkan apa yang mereka dapat hasil niaga mereka, tanpa kita sedar yang ia menhasilkan bibit cemburu dan kita teruja untuk dapatkan hasil yang sama tanpa sedar, kita kena SABAR.

Sabar dalam membesarkan JARINGAN dengan pelbagai kelompok manusia.

Terus tekun dalam mendapatkan HASIL yang hebat dan luarbiasa.

Bertenang dalam menghadapi Ujian yang datang.

Jangan lupa dalam menjalankan tanggungjawab pada Allah dalam mengharapkan rahmatNya.

 

Akhirnya berkat sabar 10 tahun juga baru la saya jumpa nilai sebuah kejayaan.

Ia boleh dinikmati bersama mak dan adik -adik yang lain. Alhamdulillah.

Master Coordinator Lahir dari Sebuah Blog?

 

 

Berminat menjadi Pengedar Shaklee dan membina masa depan dengan kami?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *