Master Coordinator Shaklee – lahir dari sebuah blog

Master Coordinator Shaklee – lahir dari sebuah blog

Saya mula menulis blog sejak anak kedua saya berumur antara 6 hingga 8 bulan. Saya nekad nak berhenti jadi guru maka saya kena fikirkan jalan nak cari duit belanja bulanan saya dan komitmen yang saya buat sepanjang bekerja.

Bukanlah banyak sangat tapi tak best jika semua mengharap pada suami.

Komitmen masa tu cuma bayaran bulan kereta kancil, dah jual sebelum pindah ke Terengganu. Manakala komitmen lain elaun untuk mak dan saya bantu suami bayar duit sewa rumah kerana masa jadi cikgu memang disediakan elaun rumah untuk kakitangan kerajaan.

 

Bermula dengan blog saya mencari medium untuk ada engangement dengan kawan dari dunia luar selain kawan dalam dunia perguruan. Blog pertama saya https://anakkuwiraku.blogspot.com.

Blog ini masih kekal aktif untuk bacaan mereka yang dah biasa baca penulisan saya.

Saya kongsikan motivasi,  tips kesihatan, tips penjagaan anak , pengurusan masa dan rumahtangga….

Mungkin ramai yang tanya bagaimana saya tekun menaip blog kan?

 

Masa saya kecik, saya ada pakcik yang kini dah arwah, beliau bekerja di DBP atau dikenali sebagai Dewan Bahasa dan Pustaka. Jadi makcik saya selalu kirim buku untuk kami adik beradik baca. Dulu televisyen tak banyak cerita menarik untuk ditonton, maka saya lebih banyak menghabiskan masa untuk membaca buku cerita dan novel yang makcik saya berikan.

 

Tapi dunia sekarang, novel terlalu banyak berkisar cinta sahaja, jadi kita hanya berangan nak menjadi puteri raja yang ditatang penuh.

 

Lahir Master Coordinator bermula dari Blog.

Berbalik kepada dunia blogging, saya tak pernah sangka ia mengubah kehidupan kami. Alhamdulillah dengan blog ia membantu menjana pendapatan dari bisnes Shaklee yang kami usahakan.

Jika dulu saya seorang sahaja manakala suami masih bekerjaya di syarikat minyak terbesar Malaysia iaitu Petronas. Namun sampai satu masa saya minta suami berhenti awal untuk bantu saya menguruskan bisnes dan keluarga.

Cerita blog saya bermula dengan cerita Penyusuan Susuibu.

Jemput baca artikel popular : EBM Penyimpanan dan Pengendalian Susu Ibu

Master Coordinator Shaklee

 

 

Walau apapun, semuanya asbab Allah yang tentukan. Menulis blog ini sebagai satu cara untuk saya kongsikan maklumat dan perkara yang boleh membantu ke arah kebaikan. Rezeki yang datang adalah dengan izin Allah juga.

Alhamdulillah hasil menulis blog ini, terlahir la beberapa kepimpinan leader dalam organisasi saya secara langsung.

 

 

Master Coordinator Shaklee

 

Jemput baca artikel : Pengedar Shaklee Aktif Seluruh Malaysia

 

Jemput baca artikel : Master Coordinator Subang Jaya

Master Coordinator Shaklee

Jika anda nak mencari jalan keluar kepada masalah kesihatan atau kewangan, apa kata jom cuba bisnes Shaklee. Anda tidak akan keseorangan kerana kami punya kelas Online dan Offline yang berterusan. Maka anda boleh belajar dan mendapat info hanya dihujung jari.

 

Berminat nak sertai kami : boleh wasap saya di sini.

5 thoughts on “Master Coordinator Shaklee – lahir dari sebuah blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *