Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Kerja dari Rumah adalah trend zaman sekarang.

Semenjak kita melalui PKP almost 2 tahun, sebenarnya kerja dari rumah menjadi satu yang selesa buat kita yang berkeluarga. Suami sentiasa ada di rumah, isteri menjadi tenang kerana secara langsung boleh membantu mana yang patut.

Walaupun kerja dari rumah popular sejak sebelum PKP lagi , dan kita biasa dengar Work From Home Mom [ WAHM] atau Work From Home Dad [WAHD] kerana zaman ini, banyak pekerjaan boleh dilakukan dari rumah terutama yang bukan terikat dengan makan gaji.

Biasanya golongan ini adalah yang terlibat dengan apa-apa bisnes yang dibuat secara online.

Malah saya yang mulakan bisnes Shaklee secara online ini juga bermula pada tahun 2008 dan diikuti suami saya yang berhenti dari syarikat minyak terbesar di Malaysia pada tahun 2013.

Walau bagaimana pun, untuk menjalankan bisnes atau bekerja dari rumah bukanlah satu perkara yang remeh. Ia memerlukan komitmen dan disiplin yang tinggi.

Percaya atau tidak, bila bekerja sendiri ni kita memang bebas membuat jadual kerja harian kita. Namun adakala banyak ujian dan cabaran yang perlu kita hadap kerana bekerja sendiri menjadikan kitalah bos dan kita jugalah pekerja.

Memang ada masanya akan datang rasa malas, down dan bosan dan saya juga tak lari dengan ujian dan cabaran ini.

Bila melalui fasa yang saya panggil Fasa R&R ini maka saya akan amik masa 2-3 hari untuk saya buat apa yang saya minat.

Saya akan menonton tv, membaca atau mendengar music seperti nasyid atau zikir.

Namun ia tak boleh berlaku berlarutan kerana pendapatan kita ditentukan dengan sales yang kita usahakan. Lagi banyak activiti sales maka peluang untuk dapat pendapatan lumayan juga tinggi.

Saya akan lihat balik tujuan saya mengapa berhenti kerja? Bisnes buat untuk siapa? Mengapa perlu buat bisnes ini atau kerja dari rumah?

Saya akan rasionalkan minda saya supaya saya boleh getback in track.

Dulu , berhenti kerja kerana nak besarkan anak dengan tangan saya sendiri. Tujuan nak besarkan anak dengan sepenuh perhatian dan masa untuk mereka. Mahu mereka rasa bagaimana membesar dengan ibu yang sentiasa dirumah. Seorang ibu perlu menjadi kawan baik untuk kedua-dua wira.

 

Saya juga buat bisnes kerana mereka. Mengapa perlu diteruskan? Saya mempunyai misi dan visi yang sangat jelas. Saya tanamkan dalam minda saya supaya saya tahu apa nak dilakukan bila sesuatu masa itu memerlukannya.

 

Tidak dinafikan, buat kerja dari rumah ni perlukan semangat dan jiwa yang kental. Kita kena letakkan sepenuh pergantungan pada Allah tuhan yang Satu dan Maha Esa.

 

Sungguh semua itu Allah dah tuliskan takdir untuk kita. Namun doa dan usaha mampu mengubah takdir.

Kerja dari rumah
Saya tidak merasa beban dengan perkara yang saya usahakan. Saya rasa sangat seronok. Sungguh banyak pengalaman yang saya perolehi dengan berniaga Shaklee.

 

Bukan penghargaan yang saya cari tetapi kebahagian dan masa yang dapat saya luangkan dengan anak-anak dan suami saya.

 

Insentif trip dari Shaklee adalah satu hadiah yang dapat saya berikan pada anak-anak dan suami kerana pengorbanan masa mereka untuk saya menyempurnakan bisnes ini.

 

Beberapa negara dapat kami pergi 4 beranak bersama Shaklee dan semuanya dibiayai oleh Shaklee sepenuhnya. Allahu akhbar. Nikmat Allah yang mana hendak didustakan?

 

Adat dunia, ada masa langit cerah , ada masa mendung dan adamasa hujan lebat atau banjir. Itulah kehidupan. Ada masa bisnes sangat laju , ada masa slow. Tapi kita kena percaya Allah ciptakan siang dan malam, lelaki dan perempuan. Kekayaan dan kecukupan. InsyaAllah kita boleh lalui dengan tenang dan rasional.

Jika ada antara anda yang berminat nak mencuba kerja dari rumah, boleh la wasap saya di 012-8535689.

 

Link express untuk menjadi ahli Shaklee

Pautan artikel yang berkaitan : Master Coordinator Shaklee lahir dari sebuah blog

One thought on “Kerja dari Rumah adalah trend zaman sekarang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *