Tips Bisnes Online untuk orang baru nak cuba

Bila kita mula membuat keputusan untuk buat bisnes online, ada beberapa perkara yang kita kena ambil tahu.

Mulakan perniagaan atas talian dengan

‘dropship’

 

Tips Bisnes Online

Sebagai permulaan, kita tak perlu bersusah

payah untuk mencipta produk sendiri.

Cukup dengan menjual produk yang sudah

mempunyai pengikutnya sendiri seperti

sistem ‘dropship’ dimana kita menjual

produk sedia ada, tetapi pada platform kita

sendiri dan keuntungan kita perolehi

daripada komisen.

 

 

Kebanyakan sistem ‘dropship’ ini tidak memerlukan modal untuk mulakan perniagaan, kerana kita hanya

perlu mencari pelanggan yang berminat untuk membeli produk yang kita jual.

Pelanggan lebih cenderung untuk membeli produk yang sudah mempunyai jenama yang kukuh ataupun

sudah dipercayai. Jadi, tidak salah untuk menjual barangan perniagaan lain jika perniagaan itu

menyediakan servis ‘dropship’ .

Tetapkan masa untuk perniagaan yang kita ceburi

Tips Bisnes Online

Ramai orang menganggap bahawa perniagaan atas talian

hanyalah kerja sampingan yang boleh diambil ringan.

Sebenarnya tidak, kerana jika kita mahu perniagaan atas

talian berjaya, kita perlulah membuang sikap sambil lewa

dan ambil mudah itu.

 

Di nasihatkan supaya cari masa yang sesuai untuk membuat perniagaan atas talian dan fokus pada

perniagaan itu sahaja.

Elakkan gangguan yang boleh menjejaskan waktu produktif perniagaan atas talian. Ini untuk memastikan

masa yang di peruntukkan untuk buat promosi perniagaan atas talian berjalan dengan lancar.

Anda juga boleh meluangkan masa untuk menguruskan wang perniagaan anda supaya menjadi lebih

terurus.

Promosi jualan yang konsisten

Tips bisnes online

Jangan terlalu gelojoh dalam perniagaan kerana tiada sebarang teori yang mengatakan jika mengeluarkan

modal yang besar menjanjikan keuntungan yang besar.

 

 

Keuntungan yang besar akan datang sekiranya jualan dan promosi yang konsisten.

Tidak salah jika kita mahu melaburkan modal yang besar, tetapi kita harus ada ilmu untuk melakukan dan

menguruskan jualan.

Mulakan dari kecil dan tingkatkan modal  bila perniagaan  semakin maju. Namun, perlu memastikan hasil

kerja secara atas talian itu menguntungkan dari segi masa dan wang.

Kukuhkan platform perniagaan anda

Tips Bisnes Online

 

Dinasihatkan supaya elakkan membuat pinjaman bank atau rakan-rakan untuk memulakan perniagaan

atas talian, kerana sebenarnya ia  tidak memerlukan modal yang besar disebabkan tidak memerlukan

premis atau pekerja.

Perkara yang penting perlu dilakukan pada permulaan perniagaan

adalah memperkasakan platform kita di Facebook atau Instagram.

Jika platform medsoc sudah kukuh, sudah pasti proses jual beli anda dengan

pelanggan lebih lancar.

Kukuhkan teknik pemasaran

Tips Bisnes Online

 

Walaupun berniaga di atas talian nampak mudah, tetapi ia menjadi sukar apabila banyak saingan kerana

sudah ramai yang mula untuk berniaga di atas talian dan perniagaan kita mungkin sukar untuk diketahui

pelanggan.

 

Keberkesanan kita boleh diukur dengan kemudahan yang disediakan oleh platform Facebook dan

Instagram melalui data yang disediakan.

 

Untuk menjadi lebih dikenali dalam pasaran, teknik pemasaran kita haruslah kukuh dengan ‘design’

produk atau poster promosi perniagaan  yang sedap mata memandang supaya pelanggan tertarik untuk

membeli produk yang kita jual.

 

Pastikan cara pemasaran kita lain dari yang lain supaya dikenali ramai pelanggan.

 

Hakikatnya Tips Bisnes Online adalah ….

 

 

Kita  Tak Perlu Buat Produk Sendiri.

Ini antara fakta yang diperakui oleh semua usahawan online yang telah berjaya.

Sebagai permulaan, tidak perlulah kita berhempas-pulas dan memeningkan kepala dengan mencipta

jenama (branding) dan membangunkan R&D untuk menghasilkan sesuatu produk baru.

 

Cukup dengan menjual produk yang sudah mempunyai pengikutnya sendiri.

 

Perlu diingatkan, pelanggan lebih cenderung untuk membeli barangan yang sudah mempunyai jenama

yang kukuh berbanding jenama yang baru.

Jadi tidak salah rasanya untuk menjual barangan orang lain asalkan ia tidak melanggar sebarang polisi

perniagaan.

 

 

Elakkan terlampau fikir untung sahaja.

Cop! Usah terlalu gopoh di dalam perniagaan.

Tiada sebarang teori yang menyatakan pelaburan modal yang besar menjanjikan keuntungan yang besar

sekiranya jualan yang di lakukan tidak konsisten.

Tidak salah untuk berani di dalam melaburkann kos yang besar.

 

 

 

Tetapi pastikan ada ilmu untuk melakukan jualan  dan menguruskan kewangan.

Ada ramai peniaga atau reseller yang terlampau mengejar untung sehingga sanggup membeli stok yang

banyak tetapi tidak tahu cara terbaik untuk menjualnya.

Fokuskan kepada berapa ramai orang yang kita boleh bantu dengan produk yang hendak di niagakan.

Makin ramai yang dapat faedah dari produk , makin besar jualan menanti.

 

Permulaan dengan Modal yang rendah.

Kita perlu lebih bijak di dalam memulakan perniagaan.

Elakkan buat pinjaman bank, pinjaman Ah Long dan menyusahkan sanak-saudara dengan wang yang

ingin dilaburkan di dalam perniagaan online.

 

Sebenarnya kita tidak perlukan modal yang besar kerana kita belum ditahap untuk menyewa premis atau

menggajikan pekerja.

 

Perkara penting yang perlu anda lakukan pada tahap ini adalah memperkasakan laman Fan Page Facebook

dan blog sendiri.

Tidak percaya? Just do it, Anda akan terkejut dengan hasil promosi yang anda lakukan ini tanpa

mengeluarkan sebarang sen.

 

 

Risiko yang rendah.

Risiko yang rendah bermakna meminimumkan kerugian. Di dalam hal ini, perlu mengenal pasti potensi

produk yang ingin dijual.

 

Sekiranya produk adalah dari jenis yang tidak tahan lama, kita perlu merancang jumlah kuantiti

pembelian stok agar tiada stok yang disimpan terlalu lama kerana dikhuatiri ianya mudah rosak.

Promosi kerap dijalankan dari masa ke semasa agar perjalanan jualan produk akan meningkat dan

konsisten.

Tiada stok yang disimpan bermakna permintaan terhadap produk meningkat dan kita berjaya

merendahkan risiko perniagaan online kita.

 

 

Belajar berterusan .

 

Walaupun berniaga secara online, kita akan rasa ramai orang akan melihat apa yang ada jual tetapi,

dengan lambakan bisnes online yang ada sekarang, perniagaan kita mungkin tak dapat dilihat oleh orang lain.

Percayalah!

Kita boleh mengukur keberkesanan posting kita di laman media sosial melalui berapa “Like” dan berapa

“comment” yang anda dapat.

Jika setakat 5 like dan asyik dari orang yang sama, nampaknya agak sukar untuk kita  membuat jualan.

Shaklee adalah salah satu bisnes yang mempunyai ciri yang dinyatakan. Jika anda berminat nak

mengetahui lebih lanjut boleh wasap saya di 012-8535689 atau KLIK SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *