Tips travel Umrah DIY
Alhamdulillah selepas dapat umrah percuma dengan Shaklee tahun 2012 kalau tak silap, secara perlahan-lahan saya cuba belajar untuk pergi sendiri tanpa perlu agen.
Walaupun banyak pandangan dan pendapat, tapi balik pada niat untuk ke sana.
Syukur umrah pertama kali kami Shaklee taja sepenuhnya untuk kami 4 beranak bersama delegasi Shaklee yang lain.
Mula mengenali allahyarham Hj Dzulkifli [ semoga Allah menampatkan roh beliau bersama hambaNya yang diredhai disisiNya.].
Selain itu beberapa mutawif termasuklah Hj Gani Asikin Idris yang semenangnya menetap di Mekah dan
beberapa agen Umrah yang lain termasuklah Azrana Sidi dan beberapa lagi agen yang biasa juga dengan
Umrah DIY.
Untuk yang belum pernah menunaikan umrah, saya cadangkan untuk pergi pertama kali adalah lebih baik
menggunakan khidmat agen umrah kerana pasti ada pembimbing bersama.
Kemudian selepas itu jika
berhajat nak buat umrah lagi boleh la cuba untuk buat DIY.

Sebelum itu, kita perlu jelas matlamat umrah sebenarnya. Umrah bukanlah trip makan angin tapi lebih
kepada salah satu ibadah mendekatkan diri dengan Allah swt.
Selain itu , sambil menunaikan umrah adalah sangat bagus dianjurkan kita menziarahi makam Rasulullah
saw yang terletak di Madinah.
Apa yang kita perlu tahu untuk pergi umrah secara DIY?
Tips Travel Umrah DIY
1. Perlu Visa Umrah.
Dulu nak pergi Umrah, kita kena mohon untuk masuk Saudi Arabia. Ini biasa saya minta tolong pada
kawan yang ada syarikat umrah atau agen yang biasa bawa jemaah menunaikan umrah untuk buatkan.
Visa ini valid untuk kita berada di tanah Arab selama 30 hari. Ia hanya sah untuk tempoh permohonan
sahaja.
Namun kini kerajaan Arab Saudi telah memberi sedikit kelonggaran iaitu
dengan menyediakan Visa pelancong. Visa ini valid selama setahun.
Kita boleh masuk ke negara Arab saudi berulang kali selama 1 tahun dengan limit maksima menetap tidak
lebih 90 hari menetap untuk 1 umrah.
klik sini untuk Mohon Visa Secara Online
2. Cari tiket penerbangan boleh guna skyscanner.
Mengapa guna skyscanner, kerana kita boleh dapatkan harga yang kita mampu bayar. Ada yang nak
murah, mungkin masa perjalanan jadi panjang kerana transit. Manakala yang cepat pastinya setara
dengan harga yang ditawarkan.
3. Tempat tinggal atau Hotel untuk menginap boleh gunakan carian Trivago selain Booking.Com, Agoda
dan beberapa website yang khas untuk dapatkan penginapan. Sekali lagi kita boleh cari dan dapatkan
penginapan yang setara dengan budget dan kemampuan kita.
Namun perlu tahu juga berapakah jarak hotel atau tempat penginapan dengan Masjid.
Adakala yang terlalu murah tu sebab ia jauh dari masjid. Maka kena bersedia la dengan kos tambahan
seperti bas atau teksi jika perlu untuk ke masjid.
4. Waktu yang sesuai untuk umrah biasanya pada musim
sejuk. Antara bulan Disember hingga awal Mac.
Namun pada musim ini juga adakala hujan.
Walaupun adakala hujannya sekejap tapi banjir boleh berlaku bila-bila masa.
5. Dalam berkongsi Tips Travel ; perbelanjaan untuk duit makan.
Biasa kami akan mengambil penginapan yang lengkap dengan sarapan pagi. Jadi pagi tu tak la kelam
kabut untuk mencari makanan kerana sarapan telah tersedia. Maka biasa
kami akan makan tengahari selepas zohor dan makan malam sama ada selepas maghrib atau isyak. Jika di
Mekah banyak kedai makan terutama dalam bangunan jam Zam-zam. Cuma di Madinah kena jalan sedikit
nak cari makan.
6. Biasanya kami akan masuk ke Madinah terlebih dahulu ziarah nabi. Selepas beberapa hari barulah kami
berangkat ke Mekah. Dari Madinah ke Mekah boleh menaiki teksi, GMC atau keretapi laju. Mula-mula
belajar umrah DIY ni kami menggunakan khidmat GMC [ ala-ala kereta Pajero di Malaysia].
Kosnya dalam SAR 500-700 untuk satu hala. Perjalanan mengambil masa 6-7 jam bergantung kepada
kelajuan dan berapa kali berhenti untuk ke tandas.
Tapi kini dengan adanya keretapi laju, lebih mudah.
Perjalanan hanya dalam 2 jam dah sampai.
Kos train pula bergantung pada berapa awal kita tempah.

7. Pergerakan lebih mudah kerana sentiasa ada perkhidmatan teksi disediakan. Bermula dari kita sampai
di airport dan nak pulang nanti, ada banyak aje teksi dan mudah didapati.
InsyaAllah takkan tersesat jika kita dah bersedia nak pergi nanti.
Untuk Tips Travel lain , jemput baca artikel lain yang berkaitan :