Cinch Chocolate Shaklee Sesuai untuk pesakit Diabetes

Cinch Chocolate Shaklee sesuai untuk pesakit Diabetes.
Antara produk Shaklee yang paling saya suka adalah Cinch Chocolate Shaklee. Saya suka sebab ia menyebabkan saya kenyang lebih lama dari biasa. Baru ni saya bagi adik saya minum sebab bila dah mula kurus dia rasa macam kulit dia gelebeh. [ Flabby] . Jadi saya sarankan dia minum.
Alhamdulillah dia kata rasa kenyang yang sangat lama. Hingga nak makan pun, dia jamah saja sebab masih rasa kenyang.
Mengapa Cinch Choc Shakes ni best?
Rasa chocolate yang unik. Bukan seperti minuman perasa koko yang lain.
Rendah Glisemik Index iaitu 16 sahaja. Antara semua jenis protien dan Cinch Shakes, Perasa Cokelat ni paling rendah GI.
Apa kaitan dengan GI sebenarnya? Glisemik Index ini adalah sukatan kepada Indeks glisemia (GI) ialah satu ukuran secepat mana aras glukosa darah (i.e., gula darah) meningkat selepas memakan makanan tertentu. Glukosa (piawai yang ditetapkan) mempunyai indeks glisemia 100.
Maka makanan yang rendah Glisemik Indeks ni sangatlah bagus untuk pesakit Diabetis.
Jom baca artikel KKM : Diabetes dan Indeks Glisemik
Sebab ini juga saya rasa alhamdulillah gula dalam darah saya terkawal. Alhamdulillah. Saya memang jadikan Cinch Choc ni sarapan. Paling best jika tak makan malam, saya akan bancuh 2 scoop sebagai supper saya. InsyaAllah bangun esok masih belum lapar hinggalah tengahari sebagai open window.
Benarlah, Cinch Chocolate Shaklee sesuai untuk pesakit Diabetes.
Lama-lama saya dapat buat Intermittent Fasting tanpa sedar dan seperti menjadi rutin saya hanya minum Cinch Choc tambah dengan Meal Shakes supaya lebih kenyang.
Pada saya minuman ni bukan hanya sesuai untuk mereka yang nak turunkan berat badan, mereka yang nak bersahur mudah tetapi kepada warga emas yang kurang berselera makan dan berat badan yang makin menyusut kerana kurangnya selera makan.
Bagi mereka yang ada mak ayah yang mempunyai masalah kesihatan sama ada berat berlebihan atau tiada selera makan, boleh la mencuba Cinch Chocolate ditambah dengan Meal Shakes.
Ini kerana keduanya mengandungi serat yang bagus untuk perut. Dikala usia emas ini masalah penghadaman adalah perkara biasa yang warga emas lalui.
Sedap Dan mengenyangkan…