Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Tidurlah Intan -ceritera yang banyak pengajaran

Tidurlah Intan -ceritera yang banyak pengajaran

Pengajaran kehidupan – hanya segelintir yang sedar.

Kita ni dilahirkan dengan fitrah baik. Menjadi orang yang baik. Namun ada orang yang dicipta dengan fitrah yang bertentangan. Namun adakah seorang itu sedar behavior dirinya?

Jemput baca artikel Tazkirah Jumaat

Banyak pengajaran kehidupan yang saya dapat dari buku Tidurlah Intan. Kalau ada cetakan lain, saya nak beli untuk anak -anak saya. Dalam buku tu di ajar tentang banyakkkkk pengajaran kehidupan. Moral dari setiap cerita dalam buku itu membentuk diri saya hari ini.

Manusia itu dicipta dari tanah namun ia mempunyai unsur lain seperti api, angin dan air. Sifat 3 unsur ini adalah yang menyumbang kepada sikap seseorang itu. Ada orang tanpa sedar dia sombong, mudah tercabar dengan orang lain. Namun jauh dari dalam hati kita, sifat mengalah atau rendah diri tu tetap akan ada kerana kita punya unsur tanah.

Benarlah hati manusia ni Allah pegang. Allah juga memilih hambaNya untuk melihat rahsia ciptaanNya. Bukan semua dapat. Namun ada yang Allah beri kekuatan untuk menyampaikan pada orang lain demi ke arah kebaikan.

Artikel lain : Motivasi perlu ada untuk jentik diri dari lena yang panjang

Tazkirah

Itulah kehidupan. Mengapa dia berjaya bukanlah sebab dia pandai atau rajin tapi sebab Allah memilih dia. Itulah jawapannya.

Kerana itu jika hidup ini tiada pengisian Allah dan rasulnya ia akan menjadi kehidupan yang kosong. Hanya mengharap pujian manusia, tak bawa kita ke mana-mana.

Hebat mana manusia itu dalam ilmunya, kuat mana manusia itu dengan tenaga yang dia ada semuanya atas izin Allah. Allah boleh amik bila-bila aje sebab itu tak perlu nak riak pada manusia lain.

Adakala memang ada orang tak perasan sikap dia…namun kita kena selalu doa moga Allah jadikan kita punya hati yang sedar diri bahawa dunia ini bersifat sementara.

Jom baca artikel : Melebur Kerasnya Hati

Pengajaran kehidupan – moga kita menjadi segelintir yang sedar.

Moga-moga kita mendapat pengakhiran yang baik dan mendapat syafaat Rasulullah saw dan terpilih berkumpul bersama ahli keluarga kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *