Elakkan stress


Alhamdulillah Allah mengizinkan saya menulis lagi pada hari ini. Sebelum terlena semalam saya menerima sms dari seorang teman yang sudah lama tak berhubung.

Tersenyum saya membaca mesej beliau yang maksudnya berbunyi, ” you masih makan vitamin yang dulu tu ke? Doktor kata I perlu banyak minum susu sebab selalu stress dan kerap sakit sendi dan belakang.

Bagaimana nak elakkan stress?

Sekarang ni I tak tahan bau susu, so ingat baru nak try vitamin. What is your suggestion?” Saya cuma menjawab saya masih makan dan cuba lah makan tablet calcium magnesium.

Memang kita digalakkan minum sekurang-kurangnya 3 gelas susu rendah lemak setiap hari namun bukan semua orang mempunyai masa yang tetap untuk berbuat demikian. Ada orang yang pekerjaannya memerlukan dia always on the move….travel sana sini.

Memang terkejar-kejar dengan semua benda. Jadi tak salah saya rasa if kita cari food supplement yang sesuai untuk menutup jurang keperluan tubuh badan kita. MEMANG SAYA BUKAN DOKTOR tapi ada banyak bahan bacaan yang membantu masalah yang kita hadapi.

Apa yang saya tahu melalui pembacaan saya yang sebelum -sebelum ini, kalsium membantu dalam membina dan mengekalkan tulang dan gigi yang kuat ( semua orang sedia maklum) , essential for the blood to clot properly, ibu mengandung mahupun yang menyusukan bayi memerlukan lebih kalsium, meningkatkan transmission urat saraf dan banyak lagi. Oh ya tidak kurang juga sebagai aids in muscle relaxation yang memainkan peranan untuk tubuh rehat terutama semasa tidur.

Percaya tak sekiranya kita stress, kalsium yang ada dalam badan kita akan musnah dengan mudah. Oleh kerana itu saya kerap menyarankan ibu-ibu yang menyusukan anak mereka mementingkan pengambilan kalsim. Ini adalah untuk mengelakkan sakit gigi mahupun sakit tulang selain daripada elakkan stress.

Masih teringat saya dengan komen pembaca blog ini menyatakan bahawa kalsium in liquid form adalah paling baik… memang tidak dinafikan iaitu pengambilan kalsium dari bahan tenusu setiap hari adalah antara langkah yang baik untuk mengekalkan kalsium dalam badan.

TETAPI bukan semua orang boleh melakukan sedemikian … TERUTAMA bagi mereka yang ada masalah alahan iaitu tidak tahan pada bahan lactose yang terkandung dalam bahan tenusu.

Oh ya, apa yang saya tahu badan kita tidak mampu menyerap kalsium terutama jika tiada vitamin D yang mencukupi, penyerapan pasti terhalang. Sekiranya anda seorang yang mengambil tablet kalsium dalam diet seharian adalah penting anda pastikan ia boleh dissolve kurang dari 17 minit agar mudah diserap oleh badan. Namun jika ia boleh dissolve lebih cepat dari itu seperti 10-15 saat adalah paling baik.

Last but not least,pepatah ini saya perolehi dari seorang doktor…. sekiranya mata orang lain dimasuki habuk, kita pastinya boleh tolong meniup NAMUN jika mata kita sendiri yang dimasuki habuk maka kita pastinya memerlukan orang lain untuk meniupnya. Maka sesungguhnya manusia itu hidup perlu saling menolong.

Sekian dulu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *