Anakku sayang

Demi anakku sayang…saya melepaskan kerjaya seorang guru.

Kini sudah hampir 4 bulan saya menjadi surirumah semula….

dan dengan ini juga bermakna anak kecilku hampir menjejaki usianya 4 bulan.

Seronok melihat perkembangannya setiap hari. Benarlah kata orang tua… kita akan mencapai kepuasan apabila tangan ini yang membesarkannya.

Setelah menjadi surirumah… tiba-tiba terdetik di hati kecilku untuk berkongsi beberapa perkara dengan ibu dan bakal ibu di luar sana.

Artikel tambahan : Sayang anakku sayang

Pastinya setiap insan terutamanya seorang yang bergelar ibu mempunyai cara yang tersendiri untuk membesarkan anaknya. Kitalah yang akan mencorakkan kain putih itu dengan warna yang kita rasakan sesuai dengannya….

Apapun yang saya rasa seronok mempunyai anak kecil ialah kepuasan memberikan anak kecil itu susu ibu. Alhamdulillah anak pertama saya dahulu saya dapat susukan sehingga dia berusia 3 tahun 2 bulan.

Macam-macam saya ikhtiar agar susu sentiasa ada untuknya walau saya bekerjaya. Syukur juga kerana saya memperolehi beberapa ilmu yang boleh dikongsi bersama , yang mana ilmu ini saya kutip hasil dari pembacaan beberapa buah buku dan majalah. Demi anakku sayang.

Bagi ibu dan bakal ibu di luar sana, sekiranya anda merasakan apa yang saya coretkan di sini sesuai untuk anda amalkan, saya galakkan anda amalkan namun jika ia mungkin bertentangan dengan adat dan cara anda maka anggaplah ia sekadar ilmu yang dikongsi bersama.

Apa yang penting di sini kita seharusnya bersyukur dikurniakan dengan cahaya mata yang begitu comel dan manja. Namun kita juga perlu berusaha agar permata hati ini akan terus membesar sebagai seorang JUARA!

Artikel lain : Master Coordinator Shaklee : Lahir dari sebuah blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *