Antara punca masalah jantung

Satu lagi cerita yang saya nak berkongsi hari ini ialah tentang jantung kita. Apabila sedang masak tadi baru saya sedar saya terlupa nak membeli minyak masak semasa membeli-belah barang dapur semalam. Jadi terpaksa berjimat dengan apa yang ada di dapur.

Untuk menggoreng ikan dan ayam saya gunakan minyak yang telah digunakan sebelum ini. Memanglah nak lagi bagus, selepas menggoreng kita tak simpan dah tapi untuk menjimatkan perbelanjaan harian, adalah lebih baik recycle.

Namun minyak masak ni sebenarnya kita boleh guna untuk menggoreng tidak lebih dari 3 kali. Ini kerana apa yang saya baca dalam buku makanan bergoreng antara punca mengapa seseorang mudah diserang sakit jantung.

Mana taknya, selagi tak hitam minyak masak tu kita akan guna lagi… dulu masa tak de pengetahuan ramai yang buat. Tapi saya yakin sekarang semua orang dah timbul kesedaran betapa pentingnya jantung kepada kita. Saya memang seorang doktor tapi saya banyak membaca tentang penyakit ini dan alhamdulillah saya dah berkongsi dengan ramai teman saya.

MENGAPA kita perlu mencintai jantung kita? Penyakit jantung ialah Pembunuh No 1 – digelar – PEMBUNUH SENYAP (SILENT KILLER) Serangan Jantung hanya SATU daripada beberapa kategori penyakit yang di gulungkan sebagai CARDIOVASCULAR (CVD)
CVD juga meliputi:-

Masalah jantung
1. Masalah berkaitan arteri – saluran darah (blood vessel)
2. MasalahTekanan darah tinggi (High blood pressure)
3. Masalah Coronary heart disease
4. Masalah Rheumatic heart disease
5. Masalah Stroke
Sayugia diingatkan , sesiapa yang bacaan darahnya 140/90 perlulah berwaspada dan perlu membuat sesuatu

Sebenarnya, punca utama masalah jantung ialah timbunan cholesterol pada arteri (Atherosclerosis).Tanpa kita sedar arteri menjadi sempit, tersumbat dan keras. Masalah terbesar pada kita adalah ia tidak memberi sebarang tanda. Bahaya kan? Namun ada beberapa langkah pencegahan yang dapat menghindari/kurangkan wabak penyakit ini.

Artikel berkaitan : 8 Cara untuk menjaga kesihatan jantung anda

Jika kita benar-benar cintakan jantung kita, kita perlulah buat sesuatu sekarang, kerana 90% puncanya boleh dikawal. Apa yang saya tahu ia boleh di kawal melalui diet yang seimbang dan baik ,pengambilan makanan tambahan dan perubahan cara hidup (Lifestyle modification) penting untuk mencegah masalah jantung.

Akhir kata, kesihatan kita adalah pilihan kita sendiri. Sekian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *