Kasih seorang ibu

Salam sejahtera dan salam perpaduan buat semua.

Saya minta maaf kerana lambat update post untuk hari ini. Maklumlah bila hujung minggu, keluarga keutamaan saya. Sebenarnya saya buat blog ni saje nak share dengan teman-teman diluar sana. Bila jadi surirumah, jika tak ada hobi susah juga. Rasa tak balance. Saya minat membaca tetapi pada waktu petang untuk elak tidur lama saya suka nak menulis. Tu lah lahirnya blog ini.

Selepas habis masak tadi ada seorang teman yang bermesej dengan saya tanya pendapat. Beliau mempunyai anak yang berusia lima tahun.

Teman ini ingin meluahkan perasaannya tentang anak kecilnya yang hanya akan makan bila disuap.Jika disuruh makan sendiri maka anaknya hanya akan makan untuk 4-5 suap sahaja dan terus sambung main. Yang merisaukannya ialah bila hari kerja, bila dihantar di rumah orang. Saya faham keadaannya kerana saya juga melalui pengalaman itu dahulu apabila bekerja.

Waktu begini saya mulalah terkenang zaman silam.Selepas habis masak tadi saya tiba-tiba teringat kat ibu saya yang jauh. Sayu juga rasa hati bila terkenang beliau.Ibu saya dulu bekerja dan percaya tak kasihnya ibu saya, kami adik beradik makan bersuap sehingga sekolah menengah walaupun bila dah besar panjang ibu suap sekali sekala. Ibu tidak lupa memberi kami makan vitamin C disamping kapsul minyak ikan “seven sea’s”.

Jadi bila saya dah mempunyai keluarga sendiri dan ada anak , saya juga melalui perkara yang sama. Apa yang saya buat ialah masakkan apa yang paling digemarinya, kemudian saya bekalkan apabila menghantarnya di rumah jiran apabila hari bekerja. Alhamdulillah selera makannya baik. Namun percaya tak sehingga kini anak saya memang suka makan bersuap. Saya akan melayannya seperti ibu saya melayan saya cuma sekali sekala saya akan biarkan dia berdikari terutama dah ada adik.

Saya juga mengikut jejak langkah ibu saya, saya akan pastikan anak saya suka makan sayuran di samping memberinya vitamin c kanak-kanak demi memastikan kesihatannya sentiasa baik. Bak kata orang tua, mencegah itu lebih baik dari merawat.

 

Kasih Seorang Ibu

Sehingga bertemu lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *