Makanan Tambahan
Saya tertarik dengan komen yang diberi oleh seorang pelawat kepada saya mengenai blog saya ini tentang makanan tambahan… apa pun saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada individu ini kerana telah menyatakan sesuatu yang menarik untuk saya terus menulis pada hari ini.
Alangkah bagus jika individu ini meninggalkan email address agar dapat saya reply setiap persoalan yang diajukan.
Antara yang tertulis dalam ruangan komen beliau ini ialah “mcm kurang tepat je explanation awak pasal supplement ni semua,especially bab kalsium,beberapa bijik?i rasa semua sedia maklum yg kalsium in liquid form is the best.if dlm bentuk tablet,if 400mg,hanya 100 je bdn serap,but dlm liquid form lebih senang.
Bab vitamin C pun sama.vitamin c adalah vitamin yg sangat mudah termusnah,so suungguh berbahaya sebernarnya amik vitamin c ni dlm jangka pjg,cos awak imagine la.berapa byk bhn kimia yang di tambah cos nak menstabilkan vitamin c supaya wujud dlm bentuk tablet.So mmg x elok dlm jangka pjg.”
Saya nak jawab lebih spesifik pun, saya bukan dari jurusan kedoktoran malah tiada tauliah pun dalam bidang ini.
Namun apa yang saya tahu melalui pembacaan saya dari tulisan Dr. Bruce Miller, Vitamin C yang paling bagus ialah vitamin V Sustained Release ( pelepasan masa ) dan kalsium yang baik adalah kalsiumyang diperbuat dari dikalsium fosfat dan magnisium oksida (BUKAN SERBUK TULANG ATAU DOLOMIT) dan ia mengandungi vitamin D dan Magnisium.
Buat pengetahuan semua, saya telah menggunakan produk makanan tambahan ini sejak tahun 2000, sehingga kini alhamdulillah masih setia. Ada beberapa sebab mengapa saya memilih produk ini. Saya diperkenalkan dengan produk ini dari seorang teman semasa di Universiti kerana saya selalu mengidap migrain.
Sejak dari itu kehidupan saya berubah. Adik beradik saya sendiri terkejut apabila melihat saya makan seafood tanpa berpantang seperti sebelum ini.
Jika dahulu kiranya makan udang atau ketam, maka datang alahan teruk iaitu kudis sehingga bernanah. Tapi kini alhamdulillah tiada lagi.
Setelah migrain saya berkurang, saya semakin sihat. Begitu juga dengan alahan seafood dan kudis yang saya alami. Sejak dari itu saya rajin membaca segala artikel mengenai kesihatan.
Saya menjadi seperti seorang yang benar-benar menghargai kesihatan selepas amalkan makanan tambahan.
Walaupun saya bukan dari lulusan kedoktoran tetapi teman teman saya terdiri dari ramai doktor.
Terima kasih banyak kepada Doktor Azwa, Siti Munirah, Siti Nor ,Doktor. Haizam dan Doktor Asiah yang banyak membantu saya memahami label dan kebaikan setiap vitamin.
Masih terngiang -ngiang jawapan dari Dr. Haizam apabila saya tanya apa pendapat Dr tentang vitamin shaklee? Beliau tersenyum dan menjawab…Hmmm, you pay for the quality.
Saya setia dengan produk ini kerana ia tiada silika gel, bukan seperti produk yang saya makan sebelum ini.
Bagi saya tiada paksaan atas apa yang kita pilih atau makan kerana hanya kita sendiri yang lebih tahu tentang badan kita sendiri.
Satu ayat yang tersemat dalam hati saya sehingga hari ini dari seorang pengidap gout,… kebanyakan penyakit itu kita dapat bukan dari apa yang kita makan semalam atau kelmarin tetapi dari apa yang kita makan dan amalkan selama ini .
Artikel lain : Makanan Tambahan Mampu Kurangkan Risiko Penyakit
Sekian dulu buat masa ini…