Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Doa Murah Rezeki yang Mudah Amal

Doa Murah Rezeki yang Mudah Amal

Doa Murah Rezeki adalah antara amalan yang perlu di amal dan semua manusia memerlukannya.

Bagi yang berniaga, ini antara kunci yang perlu ada untuk kita jadikan amalan.

Tertarik saya nak kongsikan satu amalan mudah sebagai Doa Murah Rezeki secara tidak langsung untuk kita semua amalkan.

Doa murah rezeki

Firman ALLAH SWT: “Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Ali Imran, ayat 133)

SALAH SATU DARIPADA KELEBIHAN ISTIGHFAR ADALAH MEMUDAHKAN URUSAN MENDAPATKAN REZEKI. JUSTERU, SESIAPA YANG REZEKINYA SUKAR, HENDAKLAH MEMOHON KEAMPUNAN-NYA.

“BEGITU JUGA JIKA DIRI KITA DITIMPA MUSIBAH, KITA DISARANKAN AGAR TERUS MENGUCAPKAN KALIMAH HEBAT ITU KERANA AMALAN TERSEBUT SEBENARNYA BERFUNGSI UNTUK MENGHILANG MUSIBAH DENGAN IZIN-NYA,” UNGKAPNYA.

Maka istighfar merupakan salah satu doa murah rezeki yang mudah kita amal.

Sebenarnya, ucapan astaghfirullah itu bukan hanya untuk memohon keampunan daripada ALLAH SWT semata-mata, tetapi fungsi dan fadilatnya lebih daripada itu.

Berbicara tentang kuasa istighfar, kisah Imam Ahmad dan penjual roti merupakan salah satu cerita yang perlu dijadikan pedoman meskipun ia tidak diketahui daripada mana-mana kitab al-Tarajum dan al-Mana (dipetik daripada Irsyad al-Hadith Siri ke-498: Riwayat Imam Ahmad Berjumpa dengan Penjual Roti yang disiarkan melalui laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan April lalu).

Secara ringkasnya, ia mengisahkan bagaimana Imam Ahmad yang terdorong untuk menjejakkan kaki ke satu tempat di Iraq. Setibanya di sebuah masjid, seorang penjual roti telah mempelawanya bermalam di kedainya.

Sepanjang berada di situ, Imam Ahmad memerhatikan lelaki tersebut yang berusia dalam umur 60-an tanpa henti melafazkan astaghfirullah wa’atubuillahi. Melihat situasi berkenaan membuatkan Imam Ahmad bertanya apa yang diucapkannya. Lalu, lelaki berhati mulia itu berkata, beliau melafazkan zikir itu sejak usia remajanya kerana yakin ALLAH SWT akan memakbulkan doanya.

Bagaimanapun, penjual roti itu berkata, terdapat satu doa yang masih belum tertunai iaitu mahu bertemu dengan Imam Ahmad. Walhal, saat itu sebenarnya penjual roti berkenaan sedang berbicara dengan empunya badan!

Doa murah rezeki

Walaupun hukum istighfar pada asalnya adalah sunat, tetapi amalan mulia itu merupakan suatu tuntutan agama yang tidak boleh dilupakan. Mengapa istighfar begitu penting dalam kehidupan kita? Bilakah waktu terbaik dan paling afdal untuk beristighfar?

Tiada masa khusus untuk kita baca istighfar kerana kita digalakkan sentiasa membasahkan lidah dengan istighfar kerana selain memohon pengampunan kita memohon dipermudahkan urusan termasuklah urusan rezeki.

Saya mempunyai kenalan yang membaca istighfar – astaghfirullah sebanyak 1000 kali sehari. Rezekinya Masyaallah datang dari banyak arah.

Selain berselawat, istigfhar adalah amalan yang menjadikan kita sedar bahawa Allah sahaja yang Maha pengampun.

Doa murah rezeki

Jom kita ramai-ramai menjadikan amalan ber istighfar setiap hari sebagai pembuka hari sebelum kita mula kerja atau berniagaa.Moga Allah sentiasa memberi pengampunan secara langsung menjadikan ia amalan doa murah rezeki untuk kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *