Diuji sakit strok walau dah amal vitamin 28 tahun.

Pagi tu macam biasa suami bawa saya ke Pasar Payang mencari serunding untuk Addin. Dari dulu lagi Addin suka makan nasi dengan serundinng. Balik dari pasar payang saya penat dan balik rehat. Niat nak tidur sekejap. Saya rasa letih sangat hari tu.. lepas makan pagi tu saya makan vitamin macam biasa. Kerana keletihan saya tambah ResV untuk badan saya bertenaga.
Petang tu , semasa jemput Nasa dari madrasah saya hanya duduk dalam kereta…sesekali saya terlena. Pada suami saya itu perkara biasa kerana madrasah Nasa jauh dalam 30 minit juga bila trafik light banyak merah bermakna tanda berhenti.
Bila dah sampai rumah ,tu saya sambung baring.. rasa tak berselera nak makan. Tapi saya mula muntah air. Suami kata perut saya may be masuk angin sebab saya cuma makan pagi saja.
Esoknya saya mula baring aje, kerana dah mula demam. Saya minta suami telefon klinik Hijrah untuk minta doktor datang ke rumah.
Dalam jam 5 lebih petang, doktor sampai dan mulakan pemeriksaan ke atas saya yang terbaring dalam bilik tidur. Doktor menyarankan saya buat ujian darah untuk lihat hemoglobin saya. Bayangkan saya memang tak bertenaga langsung. Sebaik sahaja doktor dah ambil darah saya pengsan dan tak sedar doktor tu balik.
Malam tu saya terbangun dan lupa pada doktor tadi. Saya bangun kerana rasa nak muntah. Mujur suami sediakan plastik maka saya tak perlu berlari ke bilik air. Namun saya dah mula rasa nak terkencing… tapi saya rasa separuh tubuh saya lembik. Saya minta anak saya panggilkan suami untuk teman saya ke bilik air.
Malam tu doktor yang merawat saya dirumah petang tadi menelefon suami memaklumkan hemoglobin saya rendah dan perlu masukkan darah. Malam itu suami bawa saya ke hospital untuk masukkan darah. Kerana saya tak larat dan nak jadi cerita hospital penuh pula hari tu, maka saya di tempatkan sementara di wad bersalin.
Doktor yang merawat saya minta saya buat ct scan dan MRI . Oleh kerana tak larat saya pun angguk sahaja. Masa tu jam menunjukkan 1 pagi. Cepatnya masa berjalan.
Dalam keadaan lembik doktor beritahu saya kena strok. Perasaan saya masa tu tak tahu la nak cakap macam mana… malam itu badan saya dimasukkan darah untuk saya bangkit bertenaga.
Doktor bagi tahu saya perlu tidur awal, makan ubat darah tinggi yang dibekalkan dan sambil tu saya juga perlu buat fisioterapi untuk bahagian tubuh yang lembik. Selepas dah ada bilik saya dipindahkan ke wad biasa.
Masa tu saya belajar sesuatu, selama ni kita ingat makan vitamin sertiasa sihat…hakikatnya bila Allah uji dengan sakit, Dia hanya sebut Kun fa yakun… jadi, jadilah ia. Saya makan vitamin bukan dari minggu lepas , bulan lepas tapi dah 28 tahun!! Dari saya bujang, mengandung dan menyusukan anak… sampai anak sulung dah masuk Universiti.. 28 tahun pun boleh sakit.. hakikatnya kita cuma hamba Allah.
Dia yang memberi sakit Dia juga yang boleh menyembuhkan.
Eecp, accupunture, urutan tradisional mahupun bekam… semua saya ikhtiar. Duit? Entah berapa puluh ribu saya usahakan.
Yang penting sihat. Jangan tak beli vitamin sebab sayang duit, nanti Allah uji sakit.. tak de sayang sayang duit dah. Waktu tu hanya fikir nak sihat aje.
Syukur hanya 3 bulan berkerusi roda dan bertongkat. Allah bagi rasa sakit strok tu macam mana. Sekarang dah beransur sihat.
Hakikatnya dengan makan vitamin tak bermakna kita kebal. Sesungguhnya penyakit datang dari Allah jua.
Wajib ada makanan rohani dan jasmani. Kedua-dua perlu ada dan seimbang.
Sebenarnya badan dah ada simpton sebagai tanda amaran oleh badan tapi saya abaikan. Sekarang saya sesitif bila ada simpton ni…😅
Jagalah kesihatan. Hanya orang yang sakit tahu nilai kesihatan yang sebenar.
Saya bersyukur Allah pertemukan dengan Shaklee ni. Ia bukan kebetulan tapi satu perjalanan mengambil ibrah kejadian dan ciptaanNya.
Shaklee Distributor sejak 1999.
012-8535689