Berbuat baik sesama manusia
Keluarga menjadi keutamaan kami. Bila dapat berkumpul tu bagai satu rahmat besar yang nak datang dari langit.
Hari ini saya niat nak masak lauk special memandangkan keluarga mertua saya nak datang.
Saya dah pesan dengan pakcik yang jual ikan dari semalam, saya nak beli makanan basah laut pagi ini.
Jadi bila saya datang, saya bagi tahu apa yang saya nak beli….beberapa jenis makanan laut basah. Tanpa menyebut bertanya harga, pakcik ini dengan pantas menjawab…” Mek arini beli dengan pakcik, pakcik bagi harga ni RMxx sekilo. Orang biasa pakcik jual RMxx sekilo.”
Terus saya menyampuk… ” Eh tak per pakcik… letak aje harga biasa. Tiada masalah pakcik.”
Sebab perbezaan harga makanan laut basah tersebut ada gak dalam RM6- RM8 sekilo.
Suami saya dah pesan, elakkan untuk tidak minta diskaun dengan peniaga sepertimana kita tak boleh minta diskaun dengan pasaraya seperti Giant dan Mydin.
Pakcik tu tetap bagi seperti harga yang beliau sebutkan sebab dah niat dari awal katanya. Benarlah, kebaikan bermula bila kita berbuat baik sesama manusia.
Alhamdulillah rezeki dari Allah. Moga Allah berikan pakcik ni kesihatan yang baik dan dimurahkan rezekinya dengan rezeki yang banyak dan penuh berkat. Amin.
Dan tengahari ini, alhamdulillah Allah berikan rezeki berniaga untuk saya juga. Saya dapat pelanggan yang tak minta tawar pun harga beli vitamin dengan saya. Allahu Akhbar!
Artikel lain : Berbuat baik sesama insan
Bila saya dapat customer yang nak beli vitamin, minta harga dan kemudian membayarnya tanpa meminta sedikit diskaun pun, ia pastinya membuatkan saya tersenyum gembira.
Tidak sedikitpun rugi bila berbuat baik sesama manusia apatah lagi makhluk Allah yang ada di muka bumi.
Bila ditawarkan untuk menjadi ahli, ada yang menolak dengan cara yang baik dan saya yakin pastinya mempunyai alasannya yang tersendiri.
Ya mendapat saya pelanggan yang baik adalah impian semua orang. Apabila saya didatangi golongan ini, saya akan sentiasa mendoakan agar Allah berikan kepada orang ini, kesihatan yang baik dan rezeki yang banyak semoga kebaikannya dapat dirasai oleh peniaga lain apabila berurusan dengannya.
Dunia hari ini kita mengandaikan bila duit keluar, dia takkan kembali lagi…tapi jika kita berniaga, sebenarnya ada aja saluran yang Allah akan berikan gantian rezeki duit itu tadi dengan lebih baik.
Bila kita berikan orang lain kegembiraan Allah juga akan kurniakan kita kegembiraan.
Kita kena selalu ingat, duit ni ALLAH punya, hatta duit dalam bank yang atas nama kita sekalipun ia tetap kepunyaan Allah yang maha besar. Kita kena yakin Allah sahaja yang mampu berikan kecukupan kepada kita. Allah Maha Mengetahui , Allah Ya Kareem , Allah Ya Bari’.
Artikel lain : Tazkirah pagi Isnin
Moga hidup kita sentiasa mendapat naungan kasih sayang dan rahmat Allah yang banyak.
Wallahu alam.
🌻 Salam sayang dari
N2 @ Ibu Addinnasa