Berubah untuk nasib yang lebih baik

Bagi mereka yang biasa hadir kursus motivasi, membaca buku motivasi ataupun mendengar mana-mana ceramah motivasi…pastinya biasa jumpa ayat di atas.

Saya dulu pun tertanya-tanya, apakah yang perlu diubah untuk nasib berubah?

Ramai orang mahu hidup senang, tidak dikelilingi hutang, dapat berjalan melihat dunia ataupun menjalankan ibadah umrah setahun sekali dan bersedekah dengan banyak….

Untuk impian ini jadi kenyataan, tiada orang lain yang boleh bantu kecuali diri kita sendiri. Tapi pastinya kita tertanya-tanya , bagaimana?

Selepas membaca beberapa artikel dan mendengar beberapa ceramah ustaz di youtube…saya sedar sesuatu….perubahan itu memang dari diri sendiri bermula bagaimana kita meletakkan keutamaan beragama dalam kehidupan.

Saya tertarik dengan satu sharing, kata penulis…bagaimana bisa seseorang itu mampu mengubah nasibnya jika waktu tidurnya juga tak bisa di urus dengan baik.

 

Benar la juga, kalau kita tidur lewat, bangun pun lewat…bagaimana nak harap rahmat Allah yang luar biasa?

Jika subuh sahaja Subuh Gajah…bagaimana kita nakkan kehidupan yang lebih baik?

Hadis sohih :

Solat fajar ini merupakan solat yang tiada tertanding kelebihannya. Dalam satu riwayat lain pula, Aisyah r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Dua rakaat fajar adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya.”

Dua Rakaat yang dicintai Nabi

Jika kita mula menjaga solat tepat dalam waktunya, nescaya kita akan mula rasanya perubahan dalam hidup kita.

Sungguh solat itu tiang agama dan tiang kehidupan.

 

Dalam sebuah hadis qudsi, Rasulullah SAW bersabda, ALLAH SWT berfirman: “Wahai hamba-KU, setiap kamu adalah sesat melainkan orang yang AKU berikan hidayah. Maka, carilah hidayah, nescaya AKU akan berikan kepada kamu hidayah…” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Artikel : Hidayah perlu dicari

Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
Berminat nak beli produk Shaklee ?
Berminat nak JOIN AHLI Shaklee ? Jom Klik Link Express ini.
Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA? Nak tahu lebih details, Whatsapp sini
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
📱 Call/Whatsapp : 012-853-5689
🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *