Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Wanita dan anti aging.

“Kulit anak saya tak kering dah sejak saya amalkan vitamin E ni.” kata puan Hafsah pada saya selepas mengamalkan vitamin E untuk atasi masalah kulit kering pada anaknya.
” Bagusnya sejak amal set B ni anak saya punya eczema dah semakin berkurang.” kata puan Aini pada saya selepas amalkan 3 bulan sepanjang penyusuan anaknya.

Hakikatnya vitamin ini bukanlah membanyakkan susuibu. Namun dalam sedar tak sedar ia banyak memberi imbuhan dalam proses pembesaran anak untuk menjadi lebih sihat.

Baru-baru ini seorang customer saya [ seorang ibu menyusu] telah bertanya mengenai produk fokus anti aging. Maka saya jelaskan padanya saya tak galakkan selagi beliau masih menyusukan anaknya.

Mengapa saya tak galakkan ya? [ Ini hanyalah pendapat saya bersandarkan bahan bacaan serta pendapat beberapa doktor kenalan saya].

Apa yang saya belajar apa jua vitamin yang ibu ambil akan disalurkan pada si anak sewaktu penyusuan berlangsung. Oleh itu vitamin yg penting bagi membantu tumbesaran anaknya antaranya adalah protien [bagi membina sel dan menampung keperluan proses pembesaran bayi], kalsium [ untuk tulang, bina sel darah merah dan keperluan saraf], vitamin dan galian lain [ perlu dalam proses pembesaran dan kematangan].

Maka apabila ibu mengandung atau menyusu anak mengamalkan produk yang menjurus kepada melambatkan penuaan, ia akan memberikan bonus pada ibu sebab dapat kelihatan muda. Namun begitu tanpa disedari pada masa yg sama Ibu juga turut menyalurkan khasiat produk tersebut kepada bayinya sedangkan bayi memerlukan vitamin untuk proses tumbesaran (pematangan). Mana mungkin 2 perkara yang berbeza boleh berlaku pd masa yang sama (“aging” Ibu diperlahankan, manakala “aging” bayi berlangsung secara normal sedangkan keduanya memperolehi khasiat produk anti-aging yg sama?). 

Secara biologi, tumbesaran manusia berlangsung sekurang-kurang sehingga umur 20 tahun. Maka utk menilai “succes story”, kita perlu menunggu sehingga anak itu melewati had tersebut untuk melihat sekiranya ada sebarang kesan “anti-aging” sepanjang penyusuan itu tadi (ironic nya produk “anti-aging” belum selama itu di dalam pasaran).

 

Kebanyakan produk anti aging adalah produk yang melambatkan penuaan. Ia sesuai untuk kita yang semakin berusia….sedangkan anak-anak kecil memerlukan vitamin untuk pembesaran. Mereka sendiri adalah ibarat pokok yang subur dan akan terus membesar.

Ibu memang pasti akan kelihatan cantik malah berjiwa sentiasa muda. Namun bagaimana dengan si anak yang memerlukan vitamin untuk proses pembesaran?

Pembesaran anak bukanlah dari segi fizikal yang boleh dilihat melalui mata kasar. Tapi melalui jiwa dan tidakkah risau jika si anak tidak mencapai tahap kematangan seperti yang diharapkan?

Sepanjang saya menyusukan anak saya dahulu, saya seringkan diingatkan agar banyak berzikir dan mengaji untuk melahirkan jiwa yang tenang dan hati anak yang tawaduq pada Ilahi. Jiwa ibu yang memberontak atau tenang mempengaruhi jiwa si anak kemudian hari. Perasaan si ibu mempengaruhi pembentukan jiwa dan perasaan si anak.

Maka bagi ibu yang tetap mahu amalkan produk-produk anti penuaan ini, ia adalah atas tanggungan risiko si ibu itu. Saya tidak galakkan pelanggan saya mengamalkannya kerana saya khuatir saya dipertanggungjawabkan di akhirat kelak atas dosa yang saya tidak sedar. Saya berniaga Shaklee untuk beri yang terbaik buat anak dan keluarga dan saya sentiasa berdoa agar rezeki itu disertai rahmat. Semoga semua pelanggan saya gembira dan redha dengan sebarang runding niaga agar kita sama-sama mendapat barakahnya.

Jika anda adalah ibu yang mengandung ataupun yang menyusukan dan ingin mencari vitamin untuk keperluan ibu dan anak; boleh meneruskan pembacaan DI SINI.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk atau keahlian Shaklee sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689

 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *