Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Umrah 5 bintang yang tak terucap.

Walaupun kaki ini telah menjejaki banyak tempat di dunia tetapi hati ini tetap terpaut pada satu tempat yang penuh kedamaian walaupun dipenuhi berjuta umat.
Tahun 2012 bulan April kami pertama kali menunaikan umrah 4 beranak bersama Shaklee dan ditaja sepenuhnya oleh Shaklee. Terujanya tak terkata. Ditambah itulah kali pertama naik flight lebih kurang 6-7 jam.
Alhamdulillah sejak 2012, kami dapat tiket percuma sama ada international atau regional. Cuma kami banyak memilih Umrah bersama Shaklee.
Apa yang best sangat umrah bersama Shaklee? Keselesaan dan service yang diberikan oleh agen terlantik sangat memuaskan.
Dengan hotel yang hanya 30m dari masjid menjadikan ia satu keselesaan berulang alik hotel ke masjid.

Betapa dekatnya masjid dengan hotel.


Setiap tahun bila buka cycle, antara perkara yang saya letakkan dalam dream board adalah tiket umrah atau tiket percutian sekeluarga.
Berbaloi ke usaha untuk dapatkannya secara percuma?
Kali pertama kami pergi memberi rasa keterujaan, menikmati juadah yang disediakan, merasai layanan baik mutawif dan kenikmatan beribadah kerana hotel yang dekat dengan masjid. Baik di Madinah [ Hotel Obroi] dan Makkah [ Hilton Hotel kini dah bertukar nama menjadi Makkah Hotel].


Tahun berikutnya saya cuba bawa ahli keluarga ke sana….baru lah saya tahu kos umrah yang Shaklee taja bukan calang-calang.
Allahu akhbar!
Jarak yang sangat dekat ke masjid itulah kelebihan yang tidak dapat dinafikan. Baru tahu makan tengahari sahaja lebih kurang SR150 malah makan malam boleh mencecah SR200 -SR250! Subhanallah.
Malah SEMUA trip Shaklee walaupun ke oversea, semuanya yang

terbaik

. Subhanallah. Malah makanan yang disediakan juga bukan biasa-biasa. Maka itulah ganjaran yang setara dengan usaha yang diletakkan.

Suka juga saya nak share kan satu doa untuk semua yang berhajat ;
“Ya Hayyu Ya Qayyum birahmatika astaghitsu, ashlih lii sya’ni kullahu walaa takilni ila nafsi thorfata ‘ain”
Ertinya “Wahai Dzat Yang Mahahidup lagi Maha Berdiri dengan sendiri-Nya, dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan. Perbaikilah urusanku seluruhnya dan jangan Engkau serahkan (nasib) aku kepada diriku walau hanya sekejap mata.”

Doa yang nabi anjurkan kita baca selalu.


Moga kita mampu berjaya bersama beramai ramai dan menikmatai kejayaan bersama ahli keluarga kita. Amin.

🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa 

 #pengedarshakleeterengganu 
#shakleereadystock
 #ShakleeVivixkualaterengganu 
#ShakleeMalaysia
#UmrahShakleePercuma
Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *