Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Tips untuk beri mak ayah makan vitamin

Beberapa hari lepas ada seorang kenalan menelefon saya bertanyakan tentang kesan Vivix untuk mak ayah, risau katanya jika ia boleh memberi mudarat berbanding kebaikan.
Maka saya juga berkongsi apakah perkara biasa yang berlaku pada masyarakat hari ini.
Rata-rata mengandaikan pengambilan vitamin boleh rosakkan buah pinggang, namun penjelasan seorang doktor yang viral telah menjelaskan keadaan ini.
Hakikatnya buah pinggang rosak bukanlah disebabkan pengambilan vitamin semata-mata tetapi banyak disebabkan pemakanan harian kita yang berlebihan terutama gula dan ubat-ubatan.
Maka jika ada antara pembaca yang ingin memberikan vitamin pada mak ayah (orang tua) anda,biasanya Vivix untuk mak ayah,  saya nasihatkan agar berikan mereka beberapa garis panduan supaya dapat kesan yang baik dengan amalan pengambilan vitamin ini.
Tidak dinafikan, ada segelintir kes, pengambilan vitamin tanpa ilmu boleh menyebabkan mak ayah  mendapat masalah sembelit, badan tidak selesa atau masalah kencing kotor.
Maka untuk mengatasi masalah agar tidak berlaku… beberapa panduan boleh diberikan pada mereka supaya mendapat kesihatan yang optimum dengan pengambilan vitamin.
Antaranya, pastikan mak ayah kurangkan pengambilan minuman berkafien kerana pasti ia mengganggu penyerapan vitamin. Pengambilan minuman berkafien dan bergula ini jika berlarutan boleh mengganggu keberkesanan penghasilan sel darah merah mereka.
Selain itu boleh cuba berikan panduan pengambilan air masak sehari sekurang-kurangnya 1 hingga 1.5 liter. Ya, ramai yang ada masalah untuk minum air kosong begitu sahaja. Malah air kosong juga adakala berperasa seperti payau atau pahit kerana kesan air paip juga adakalanya. Maka saya sarankan cuba buatkan infused water. Ia sangat membantu mereka yang susah nak minum air kosong sahaja.
Contoh infused water.

Boleh baca artikel : Kebaikan Infused Water 

Pastikan ada pengambilan buah-buahan dalam menu harian. Ini membantu mereka mendapat serat dari makanan dan membantu mereka mengurangkan masalah sembelit. Ada segelintir ibu ayah yang kurang serat dalam menu harian mereka akan menyebabkan perut dan badan mereka menjadi tak selesa dan pengambilan vitamin boleh menjadikan ia lebih sukar untuk membuang.
Berikan juga cadangan pengambilan vitamin yang teratur dan bukan sekaligus supaya penyerapan selari dengan pengambilan air yang diperlukan oleh badan. Contohnya, selepas makan pagi boleh amalkan pengambilan multivitamin dan vitamin C. Selepas makan tengahari boleh amalkan pengambilan minyak ikan dan vitamin B manakala sebelum tidur boleh amalkan pengambilan kalsium.
Jika mak ayah mempunyai ubat-ubatan yang perlu diambil, boleh teruskan seperti biasa cuma pengambilan vitamin perlu diselangkan dalam sejam selepas mengambil ubat-ubatan rutin mereka.
Seharusnya pengambilan vitamin membantu mak ayah mendapatkan kesihatan yang optimum jika mereka menjaga pengambilan air , serat dalam menu harian dan mengurangkan pengambilan gula dalam diet mereka. InsyaAllah mereka akan lebih bertenaga walaupun di usia emas.
Bagi yang berjauhan, keraplah menelefon bertanya khabar dan cuba bertanya rutin harian mereka sebagai tanda kasih sayang pada mak dan ayah. Selagi mereka ada, berbaktilah sebaik mungkin kerana masa tidak mampu untuk diundur bila ia dah berlalu. Maka jangan sia-siakan peluang yang ada.
Salam sayang
Ibu Addinnasa.

Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *