Susu Merundum…

Saya yakin semua ibu yang menyusukan anaknya dengan susuibu pasti pernah melalui dugaan ini. Adakah ianya salah satu fasa yang perlu kita lalui? Jawapannya ialah ya. Saya sendiri pernah melaluinya. Kekadang kebingungan kerana tak tahu punca terjadi. Tapi hakikatnya ada sebab Allah menduga kita sedemikian….
Apabila kita rasa kekurangan, kehilangan …maka dengan serta merta kita mengingati Allah yang Maha Esa. Walhal apabila kita senang, mendapat apa yang diperlukan serta dipenuhi kita lupa untuk melakukan sujud syukur padaNya.
Bagi ibu2 yang sedang melaluinya, jangan berputus asa. Allah tidak suka kepada mereka yang mudah berputus harap sedangkan rahmatNya amat luas. Yakinlah…dan banyakkan doa.
Bagi mereka yang pernah melaluinya, dapatlah kiranya berkongsi dengan saya di sini agar dapat saya tenangkan ibu2 yang sedang kerisauan menghadapi masalah ini.
Bagi saya jika saya sedang menghadapi situasi sukar yang melibatkan emosi saya akan telan banyak vitamin terutama protin, b com dan vit c.disamping air yang ber litre2. Syukur ada best water …Jika perlu buatlah solat hajat… kerana sesuangguhnya Allah amat suka pada hambaNya yang merendah diri dan sentiasa berharap padaNya dalam waktu susah mahupun senang.

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *