Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Supaya perkara tak berlaku dengan mengejut

Supaya perkara tak berlaku dengan mengejut

Saya suka membaca kata kata motivasi yang bantu jiwa kita jadi kuat.

Dalam kehidupan ini, kita diajar bersangka baik dalam semua keadaan. Nampak mudah untuk diungkap namun bukan mudah kita nak apply dalam kehidupan tambah-tambah kerana kita umat Nabi yang terakhir, dan iman juga senipis kulit bawang.

Arwah abah dulu selalu berpesan, hidup ini kenalah berilmu dan bila berilmu kenalah beramal.

Orang yang berilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah. Orang yang beramal tanpa ilmu adalah sia-sia.

Dalam entry ni saya nak share kan ayat Al Quran yang wajib dijadikan hafazan semasa saya di Tingkatan 5.

Kata kata motivasi

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad SAW), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.” -128

“Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): “Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar.” -129

Makna dari ayat ini telah menjadi kata kata motivasi dalam diri saya.

Saya sungguh bersyukur kerana Allah mengizinkan saya menghafalnya sehingga hari ini.

Banyak kelebihan dan kebaikan dengan menjadikan ayat ini amalan harian.

Sangat dianjurkan ayat ini di baca 7 kali setiap kali selepas solat Subuh dan Solat Maghrib.

1. Bila dibaca 7 kali setiap hari, maka ia boleh memudahkan urusan dunia dan akhirat.
2. Jika dibaca pada waktu pagi, Ayat At Taubah 128-129 ia boleh menjauhkan ancaman pada hari itu. Begitu juga dibaca pada waktu petang. Boleh menghindarkan ancaman pada waktu malamnya.
3. Insya Allah, ayat ini juga boleh menambahkan keteguhan keimanan seseorang itu kepada Allah SWT.

4. Apabila sampai pada waktu ajal kita, kita tidak akan dapat membaca 2 ayat ini walaupun sebelum ini kita dah biasa membaca dan mengamalkannya. Allah memberi kita petunjuk bahawa ajal kita sudah semakin hampir. Dan, pada saat dan waktu itu, kita seakan-akan lupa ayat ini. Itu tandanya ajal kita sudah hampir tiba. Inilah salah satu petanda Allah beri pada hambaNya yang mengamalkan surah at Taubah ayat 128 – 129 ini.

5. Andai menghadapi musibah dan ujian rumahtangga, amalkan surat at Taubah ayat 128 – 129, insya Allah, Allah akan mengangkat masalah tersebut. Yakinlah dengan kekuasaan Allah. Zikir inilah yang dipesankan oleh Ustaz Ebit Lew.

Selain itu

Keistimewaan dua ayat akhir dari Surah At-Taubah ( juga dinamakan Ayatul Hisni ) sebagai berikut :

Barang siapa yang setiap harinya membaca dua ayat yang akhir dari Surah Al-Baraa’ah sebanyak 7x sesudah sholat fardhu maka

Jika dia seorang yang lemah maka akan menjadi kuat.

Andai dia seorang yang hina maka akan menjadi seorang yang mulia.

Bilamana dia seorang yang kalah maka akan segera mendapat pertolongan.

Bagi seorang yang berkesempitan maka akan mendapat kelapangan.

Orang  yang berhutang maka akan segera dapat membayar.

Apabila seseorang yang berada dalam kesusahan maka akan

hilang kesusahannya.

Barang siapa membacanya pada hari siangnya atau pada waktu malamnya maka hal itu sebagai suatu petanda bahwa dia tidak akan mati pada saat itu. Menurut riwayat lain; dia tidak akan dilukai seseorang dengan alat-alat yang berasal dari besi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *