SHAKLEE MALAYSIA

MASTER COODINATOR SHAKLEE MALAYSIA

Solat sunat dan Doa Dhuha

Solat sunat dan Doa Dhuha

Solat Dhuha  adalah antara solat sunat yang nabi anjurkan sebelum bemukan tugas harian , sebelum berniaga dan sebelum memulakan rutin harian kita. Sememangnya ia bukanlah amalan asing untuk kita.

Solat sunat, Solat Dhuha

Solat Sunat Dhuha dianjurkan sekurang-kurangnya 2 rakaat, dan maksima 12 rakaat bersamaan dengan 6 salam.

 

Solat sunat dan Doa Dhuha biasanya seiring dan dijadikan amalan dalam beramal.

Dalam ceramah Gurutta Ustadz Muhammad Yusuf S.Sos .MA dikongsi mengapa solat Dhuha itu minima 4 rakaat.

 

 

Solat Dhuha adalah salah satu solat sunat yang amat dituntut dilakukan oleh setiap umat Islam.

Solat Sunat yang sering disebut sebagai ‘amalan pembuka rezeki’ ini mempunyai pelbagai kelebihan.

Waktu Solat Sunat Dhuha bermula daripada terbitnya matahari (selepas waktu syuruk) sehingga sebelum tergelincir matahari.

Waktu terbaik untuk Solat Sunat Dhuha ialah ketika pasir menjadi panas disebabkan matahari sudah mulai terpancar terik.

Solat Dhuha yang dilakukan pada waktu ini disebut sebagai Solat Awwabin.

Ini berdasarkan hadis
صَلَاةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمِضُ الفِصَالُ

Maksudnya: Solat Awwabin ialah solat yang dilakukan ketika pasir (di tanah lapang) menjadi panas (kerana matahari sudah terik).

 

 

bilangan rakaat paling afdhal bagi Solat Sunat Dhuha adalah sebanyak 8 rakaat, berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Hani’ bin Abi Thalib R.Anha beliau berkata :

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَوْمَ الْفَتْحِ صَلَّى سُبْحَةَ الضُّحَى ثَمَانِيَ رَكَعَاتٍ يُسَلِّمُ مِنْ كُلِّ رَكْعَتَيْنِ

Maksudnya : Sesungguhnya Rasulullah S.A.W melaksanakan solat dhuha pada hari Fathu Makkah (pembukaan kota Makkah) sebanyak lapan rakaat yang mana baginda memberi salam setiap kali selepas dua rakaat.

Riwayat Abu Daud (1290)

Solat sunat, Solat Dhuha

 

 

Ini menurut hadis sahih dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, ia berkata bahawa Rasulullah SAW, di mana diriwayatkan selesai solat Dhuha, baginda membaca doa Dhuha / mengucapkan,

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي، وَتُبْ عَلَيَّ، إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمِ

“Allahummagh fir lii wa tub ‘alayya, innaka antat tawwabur rahiim”

Ertinya: Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang) sampai baginda membacanya seratus kali.

(HR. Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad, no. 619. Syaikh Al-Albani mengatakan bahwa hadis ini sanadnya sahih.)

 

Solat sunat dan Doa Dhuha adalah satu amalan yang sangat unik. Doanya sangat mudah nak ingat dan hafal.

 

Kita juga boleh membacakan doa dhuha ini:

Ertinya:

 

 

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,

keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,

kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.

Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,

jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.

Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,

Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

 

 

Fadhilat Dhuha, Rahsia Dhuha,Solat sunat Dhuha

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *