Siapa kata senang nak senang?
Ibu menerima beberapa keluahan sahabat serta tidak kurang customer yang merintih menunggu hasil yang lumayan.
Sahabat yang sedang berusaha untuk memajukan diri….terutama mereka yang buat biz online. Ada yang merintih, macam mana nak dapat income besar….walhal biz baru sebulan dua…..
Siapa kata senang nak senang?
Begitu juga dengan ibu yang menyusu anak… baru makan vitamin seminggu mengharapkan perubahan besar berlaku. Memang tidak dinafikan ada yang makan vitamin 2 hari sudah nampak kesan yang sangat ketara, tidak kurang yang makan sama sebulan baru nampak hasil. Namun bukan semua badan sama….
Siapa kata senang nak senang?
Inilah sebabnya Allah suruh kita melihat dan memikirkan keunikkan alam dan ciptaanNYA.
Paling mudah contoh yang dapat ibu beri…
Jika kita tanam biji rambutan…bukan esoknya terus tumbuh daun, apatah lagi buahnya. Maka masa juga.
Lain jika kita tanam pokok taugeh … esonya dah menjalar pucuknya keluar. Masa ibu kecik dulu ibu tanam dua jenis pokok….
1. Pokok nangka… selepas 3-4 tahun baru ibu merasa hasilnya.
2. Pokok kacang hijau…. yang ni memang seronok sebab hasilnya cepat. Pokoknya tumbuh pun cepat, berbuah pun cepat.
Namun dapatkah kita bezakan nikmat makan dua jenis makanan ini? Buah nangka perlu masa untuk masak di pokok. Manakala kacang hijau juga perlu masak untuk empuk dalam periuk.
Kedua-duanya perlukan kesabaran. Arwah abah kata kesabaran akan wujud dalam hati apabila dalam hati hadirnya keimanan.
Mengapa ramai ibu kini yang berjaya menyusukan anaknya sehingga 2 tahun? Kerana hadirnya iman dalam hati ibu2 ini….berkat kesabaran melalui pahit maung dalam menyahut cabaran penyusuan. Sesungguhnya cabaran ada di mana-mana. Apa jua impian atau cita-cita ada cabaran tersendiri.
Sebenarnya banyak lagi…. namun balik pada diri sendiri sama ada hendak terus berjaya atau menyerah kalah di pertengahan perjalanan. Setiap cabaran itu pula JALAN penyelesaian jika kita punya KEMAHUAN untuk berjaya. Namun kekuatan itu perlulah seiring dengan keperluan rohani dan jasmani. Makanan jasmani mungkin boleh ditampung dengan keperluan supplement namun makanan rohani seperti mengaji dan berzikir tidak boleh diabaikan sama sekali.
Salam sayang dari ibu
pengorbanan dan cabaran bagi ibu yg menyusuni mmg hebat kan kak N.. hanya dengan kesabaran n tekad yg kuat sahaja yg membolehkan ibu2 yg cekal ni terus menyusukan anaknya hingga 2 thn..
betul la kak.. untung family saya support susu ibu.. tapi diorg kesian tgk saya fully pumping coz anak taknak breastfeed. Betul2 ajar saya bersabar.. apa nak buat.. utk anak tsayang kan