Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Shaklee Miri Dunia Penyusuan Susuibu : Makanlah dengan ilmu

Semalam saya menerima satu panggilan telefon dari seorang ibu yang suaranya kedengaran seperti beliau sangat tertekan. Bertambah pelik beliau cuma menerangkan bahawa beliau mendapat no tel saya dari seseorang yang mengatakan saya handle konsultasi penyusuan susuibu yang melibatkan vitamin Shaklee.

Hmmm dikala itu saya memikirkan bahawa mereka yang memperkenalkan produk Shaklee pada si ibu ini pastinya tidak berkeyakinan atau tiada pengalaman penyusuan yang berkaitan dengan vitamin. Malah ramai pembeli hanya berminat untuk mendapatkan tawaran harga produk tanpa memikirkan service after sales.

Berminat untuk saya share kan sebenarnya masih ramai ibu yang  mengalami masalah susu tiada atau susu mudah kering. Banyak faktor yang berkait rapat dengan perkara ini antaranya ialah puting susu tenggelam. Biasanya bila ini terjadi si anak pada peringkat permulaan akan merasa susah untuk menerima keadaan itu. Terutama bayi yang baru lahir dan ini akan membuatkan mereka kerap menangis dan tidak puas menyusu. Tidak ramai ibu yang punyai hati yang cekal untuk melalui satu keadaan bayi yang hendak menyusu sambil merengek tidak selesa dan puas. Biasa si bayi akan menangis sekuat hati selagi tidak dapat menghisap dengan keadaan yang selesa. Ditambah pening bila ahli keluarga terutama suami atau mak si ibu memberi cadangan untuk susu formula.

Bagi ibu yang tak kuat semangat, akan mengambil jalan mudah memberi susu formula walaupun pada peringkat permulaan hati berkobar nak beri susu badan.

Melihat dari sudut satu lagi, adakala ia mungkin aturan ALLAH ; bukan rezeki anak untuk mendapat susuibu.

Namun bagi mereka yang cekal dalam diam, mereka akan usahakan juga melalui sesi perahan.

Walau bagaimanapun tanpa ilmu, semuanya akan sia-sia.

Sesi perahan sebenarnya memerlukan komitmen yang tegas dari si ibu. Sesi perahan perlulah dibuat pada masa dan jarak yang konsisten bukan hanya pam ikut suka hati si ibu.

Pemakanan ; si ibu perlu memahami bahawa untuk menjayakan penyusuan susuibu, 6 bulan pertama terutamanya si ibu perlulah menjaga pemakanan hariannya dengan baik tanpa ada niat untuk menguruskan badan. Ini kerana apabila si ibu sibuk untuk menguruskan berat badan rata-rata akan mengawal pengambilan  makanan harian dan ini sedikit sebanyak boleh mengganggu keperluan badan dalam penghasilan susuibu yang lancar. Pengambilan air juga penting namun hanya segelintir yang mengambil berat tentang hal ini.

Bagi ibu muda apa yang boleh saya sampaikan adalah; dalami ilmu penyusuan dengan sebanyak-banyaknya sepanjang mengandung. Supaya anda tidak panik bila menghadapi cabaran sepanjang menyusukan si comel anda.

Vitamin tidak banyakkan susu namun ia membantu dalam penyediaan fizikal dan rohani ibu yang mantap dalam menjayakan penyusuan. Cara pengambilan makanan yang betul sangat membantu si ibu itu mendapatkan hasil yang insyaALLAH tidak mengecewakan.

Pucuk pangkal balik pada diri kita. Hanya kita yang mampu mengubah kehidupan kita dari baik kepada yang lebih baik.

Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian [atau] pembelian produk [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *