SHAKLEE MALAYSIA

MASTER COODINATOR SHAKLEE MALAYSIA

Shaklee Kuala Terengganu

Shaklee Kuala Terengganu

Kami pindah dari Miri ke Kuala Terengganu pada tahun 2016 sebaik Addin habis UPSR.

Bermulalah kisah…

 

Sahabat

Rezeki kerana buat Shaklee dari rumah, so bila Addin kata dia nak ikut kawan dia belajar kat Kuala Terengganu kami teragak-agak untuk menyokong keputusan yang dia ambil.

 

Saya bagi tahu suami banyak dah madrasah yang kami ziarah, tiada satu yang anak saya nak sebab maybe dia melihat environment madrasah itu sendiri berbeza dengan dunia persekolahan yang dia tinggalkan semasa darjah 6. Syukurlah dia nak ikut jejak langkah Luqman untuk belajar di madrasah Terengganu.

Kos pindah dari Miri ke Terengganu kami tanggung sendiri sebab waktu tu Abah dah berhenti kerja petronas. Masa tu kami terpaksa sewa kontena yang berharga puluh ribu. Syukurlah ada pendapatan dari Shaklee masa tu.

Benarlah bila bekerja sendiri ia mudah nak buat keputusan nak pindah. Tak terikat dengan syarikat atau siapa jua.

 

Kebetulan keluarga Luqman juga berpindah dari Miri ke Terengganu. Adalah kawan yang duduk di Terengganu.

 

Sahabat , Kuala Terengganu

Adakala Addin mengadu susah nak hafal Quran, pasti abah akan mengingatkan Addin tujuan kami pidah ke Terengganu. itu sahaja yang menjadikan dia semangat semula nak hafal Quran sampai khatam. Alhamdulillah kini dah bergelar Hafiz. Kenapa Kubang Bujuk?

Madrasatul Quran Kubang Bujuk (MQKB) mempunyai sejarah yang menarik yang mungkin tidak diketahui ramai. Madrasah ini diasaskan oleh Allahyarham Haji Muda bin Haji Deraman pada akhir tahun 1982. Pada mulanya, Haji Muda bercadang untuk menghantar anaknya ke India untuk pengajian tahfiz Al-Quran kerana pada masa itu tiada institusi tahfiz khusus di Malaysia. Namun, beliau dinasihati oleh ulama di India untuk menubuhkan institusi tahfiz di Malaysia memandangkan beliau mempunyai kemampuan dan sumber yang mencukupi.

Mengambil nasihat tersebut, Haji Muda memulakan pembinaan madrasah yang siap dalam masa enam bulan dan dibuka secara rasmi pada bulan November 1982. Madrasah ini kemudiannya didaftarkan sebagai “Kelas Al-Quran dan Fardu Ain” dengan Pejabat Agama Negeri Terengganu pada tahun 1983.

 

Tujuan utama madrasah ini adalah untuk menyediakan pendidikan agama yang tulen, dengan fokus untuk melahirkan Hafiz Al-Quran (mereka yang menghafal Al-Quran), Alimus Sunnah (ulama Sunnah), dan individu yang bertaqwa di sisi Allah. Institusi ini tidak termasuk pendidikan sekular atau ideologi politik dalam kurikulumnya.

 

Jumlah pelajar dihadkan kepada 420 orang pada satu-satu masa, dengan pelajar datang dari pelbagai bahagian Malaysia dan Asia Tenggara. Madrasah ini menyediakan pendidikan sepenuh masa dengan jadual harian yang ketat, dan pelajar tinggal di asrama di bawah pengawasan warden.

 

 

Sepanjang Addin belajar di madrasah kami tekankan kepentingan vitamin, terutama bila dia perlu amik SPM. Macam biasa …ESP,VitaminC,B Complex,Omega dan Ostematrix menjadi keperluan dia belajar.

Set Kesihatan Shaklee, Family Wellness Set, ESP Shaklee, Vita-Lize, B Complex, Sustained Release Vita-C, Ostenutrix

Sekiranya anda menetap di Kuala Terengganu dan mencari stokis Shaklee boleh hubungi saya melalui email atau whatsapp di sini 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *