Sepanjang hari ini…
Minggu ni kami ikut abah untuk basketball tournament sempena SKO game…seronok sebab setakat ni team abah leading. Addin dan Nasa tak ketinggalan berlatih basketball , sukan kegemaran mereka. Hari ini abah bawa board untuk Addin dan Nasa shoot.
Ibu bangga dengan Addin apabila ibu tengok Addin berani nak shoot kat gelanggang bersama team abah. Tanpa segan silu abang Addin mengambil tempat untuk shoot. Nasa pun pandai membawa diri berlatih sorang2 apabila abangnya tidak bermain bersama.
Namun sesekali mereka akan bermain bersama diikuti anak pasukan lawan, Anis iaitu anak kepada kawan abah, En Mazlan.
Oh ya, hari ini ibu dah buat keputusan nak hantar Nasa ke Kumon, bersama abang Addin. Belajar Maths sahaja dahulu kerana bahasa Inggeris boleh belajar next year. Memandangkan selama ini Nasa juga pergi ke Kumon tetapi bukan untuk belajar, sekadar menunggu abang Addin di tempat menunggu bersama ibu. So by nextweek Nasa dah boleh mula. Thanks to Jill owner of Miri Kumon yang benarkan ibu menghantar Addin dan Nasa 3 kali seminggu. Berbaloilah bayar.
Bagus sangatkah Kumon? Pada ibu nak kata sangat tu tak la sebab ianya balik pada anak juga. Basicnya cuma drilling….setiap hari mesti buat latih tubi sampai berjaya. Abang Addin dah menunjukkan pencapaian yang membanggakan ibu dan abah. Alhamdulillah. Ibu suka bila tengok anak2 kecil yang belajar di Kumon membuat matematik tahap A level walhal umur mereka baru 10-11 tahun. Dahsyat tu.
Zaman sekarang ni sebenarnya ibu bapa kena cari duit untuk education anak2…bukan masa untuk membeli rumah besar, kereta hebat….pada pendapat ibu personally lah. Namun balik pada cara seseorang. Ibu ngan abah memang lebih tumpukan pada kesihatan dan pendidikan..pelaburan jangka panjang.
Salam sayang dari ibu