Perlu hipokrit untuk ada pengikut?
“Ish, tembamnya anak akak….” kata seorang wanita muda yang sedang sarat mengandung. Si ibu tadi dengan bangga mengatakan si anak itu minum susuibunya.Wanita tadi terus bertanya…”Senang ke kak nak menyusu anak? Saya teringin nak menyusu anak, orang kata JIMAT” . Si ibu tadi terus tersenyum dan menjawab”Yap, jimat.”
Walhal si ibu kepada si kecil yang tembam itu memperuntukkan sedikit wang untuk membeli pump yang baik, sedikit vitamin untuk meningkatkan keperluan nutrisi dalam susuibunya tadi selain keperluan tubuhnya sendiri. “Si IBU” terpaksa menjawab dengan BOHONG kerana demi memastikan si ibu muda tadi akan menjejak langkahnya menyusukan anak.
Apakah salahnya jika si ibu tadi menjawab dengan jujur ? Apakah salah jika si ibu tadi menjawab sebegini?
Sebenarnya kos menyusukan anak sama dengan kos membeli susu formula.
1. Rata2 ibu yang memberi susu formula akan memberi susu yang mahal…. kerana mahu anaknya mendapat semua khasiat pembesaran yang sihat dan sempurna.
– Ibu yang menyusukan anak seperti ibu (saya); akan memperuntukkan wang untuk membeli vitamin agar kandungan susuibu saya beratus kali hebat dari susu formula malah lebih lagi.
2. Maintainance mereka yang membei susu formula tinggi, perlu beli setiap bulan.
– Maintainance ibu yang menyusu anak sama walau tidak setiap bulan, beli nursing cover, nursing hat, baby sling, pump, Deep freezer, botol atau plastik untuk simpan susu, supplement untuk ibu terus sihat.Cuma kos yang menyusu ni tak perlu beli setiap bulan. Boleh guna berulang kali semua set untuk penyusuan itu.
Sebenarnya lebih kurang sahaja kos menyusukan anak dengan kos membeli susu formula…tiada istilah JIMAT yang sebenarnya. Ianya cuma kos yang bergalang ganti.Cuma kelebihan dan kebaikan susuibu berkali ganda hebatnya sebab ianya dari yang mengalir dalam tubuh si ibu dan ini akan membuatkan anak itu lebih rapat dengan si ibu dan insyaAllah imun sistem juga lebih baik berbanding minum susu formula.
Maka jujurnya pada ibu, yang telah menyusukan anak ibu Addin dan Nasa yang melebihi dua tahun adalah bersandarkan kesihatan fizikal dan mental yang sihat. Ibu memang orang yang tidak mengambil makanan bersandarkan piramid pemakanan, tapi ibu suka dengan supplement.
Bagi ibu, perlunya vitamin B complex demi memastikan si ibu tadi kuat semangat dan berkeyakinan.
Salam sayang dari ibu
btol la ibu. bresfiding mother mcm saya ni budget duit utk suplemen, storage botol and good pump..walau mcm mana pun, rasa berbaloi ngan hepi dapat bresfid humaira 🙂
walaupun saya pakai fs, beli botol banyak2, deep freezer… tp still saya rasa jimat berbanding beli fm..