Sekadar panduan bagi yang baru mengenali…
Sabda RasuluLlah (SallaLlahu alaihi wa sallam) bermaksud “Perut itu rumah penyakit, diet (pemakanan) itu ubat yang utama” -Sahih Muslim.
Sabda RasuluLlah (SallaLlahu alaihi wa sallam) bermaksud “Rebut lima perkara sebelum lima perkara: sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk dan hidup sebelum mati”
“Kesihatan itu bak mahkota di kepala orang-orang yang sihat, tidak dapat dilihat kecuali oleh orang yang sakit sahaja”
Kesihatan menjadi idaman semua insan, semua insan mengakui sihat apabila diajukan soalan kepadanya, tapi hakikatnya kesihatan bukan dilihat secara zahir tetapi ia merupakan perkara rahsia kerana kita tidak dapat menjangkakan apa yang sedang berlaku kepada tubuh badan kita sehari-harian di zaman moden ini.
Kenapa Pemakanan Tambahan
Makanan harian sepatutnya mengandungi zat-zat dan vitamin perlu untuk menjamin kesihatan tetapi malangnya kini ia terdedah kepada :
– pencemaran makanan dengan tambahan bahan kimia,
– pencemaran alam, makanan diproses oleh manusia,
– gaya hidup yang moden dan cepat / tidak sihat, seimbang
– pemakanan yang tidak seimbang.
– Selain bersenam dan amalan kesihatan lain ia tidak memadai jika tidak disertakan dengan program pemakanan tambahan.
Makanan tambahan bererti makanan seharian kita yang masih diperlukan untuk membentuk kesihatan yang benar-benar sempurna dan lengkap, untuk mengelakkan dan mencegah daripada menghidap penyakit. Ia merupakan langkah pencegahan dan berjaga-jaga bagi mereka yang mementingkan kesihatan, dan ingin hidup lebih lama, panjang umur !
Nampaknya punca berlakunya penyakit ialah kesan tidak sempurna dan lengkapnya pemakanan, jadi ia perlukan makanan tambahan.
Mengapa Vitamin (Pemakanan Tambahan) Adalah Penting
Kerana Pemakanan Tambahan Adalah Keperluan Asas, Tiada Pilihan Lagi
– Tubuh kita perlukan dos yg lebih tinggi bagi sesetengah vitamin,
– Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin ditanam di atas tanah yg kurang subur,
– Mungkin berlaku kehilangan zat makanan semasa memasaknya,
– Gaya hidup kita mungkin mengganggu penyerapan zat makanan,
– Kepelbagaian makanan mungkin terhad dalam hidangan kita,
– Kita mungkin kerap makan di luar,
– Gaya hidup yang tidak aktif,
– Banyak stress di tempat kerja, di jalanan dll,
– Kerap demam atau jangkitan selesema dll
– Makanan kini digabungkan dengan bahan kimia, bahan awet, pewarna, perisa MSG dll.
– Peningkatan penyakit berkaitan diet (serangan jantung, kanser, kencing manis, tekanan darah tinggi, osteoporosis dll)
Siapa Yang Sangat Perlukan Vitamin ?
– Pengidap penyakit yg tenat,
– Org yg memelihara diet makanan,
– Org yg terlalu alahan ‘alergi’ dgn makanan,
– Kanak-kanak yg membesar,
– Remaja, pelajar sekolah yang meningkat usia,
– Wanita hamil dan ibu yg menyusukan,
– Warga tua,
– Ahli sukan,
– Pekerjaan yg stress tinggi,
– Selepas pembedahan,
– Pekerja shift,
– Mrk yg mencari kesihatan melalui pemakanan tambahan.
Pemakanan Tambahan Mana
Anda disyorkan dengan program yang disediakan oleh Shaklee Corporation.
Kenapa Shaklee
Shaklee Corporation adalah pengeluar makanan tambahan yang terulung dan yang terbesar sehingga kini di mana ia ditubuhkan pada tahun 1956 (bahkan penyelidikan dan pengeluaran bermula seawal 1915 lagi) oleh Dr Forrest C Shaklee pakar bidang pemakanan berkhasiat (pengasas Vitalized Mineral (VITAMIN) dan MLM) yang kini menjalin usaha sama dengan kumpulan syarikat farmaseutikal terkemuka dunia, Yamanouchi sejak 1989.
Mengapa Shaklee – kerana latar belakang syarikat yang baik; makanan tambahan yang nature / fitrah; berasaskan penyelidikan, ujian klinikal dan piawaian kawalan kualiti yang tinggi.
Halal
Rujuk akhbar utama tanah air iaitu The New Straits Times dan Berita Harian pada hari Rabu, 17hb April 2002, Utusan Malaysia hari Khamis 18hb April 2002 dan Borneo Post pada hari Jumaat, 19hb April 2002.
Kenapa Produk Luar Negara
Sabda RasuluLlah (SallaLlahu Alaihi Wasallam) bermaksud “Hikmah itu barangan tercicir orang mukmin, di mana sahaja dia menemuinya dialah yang berhak dengannya”
Sumber: Shaklee Dinamik Family Kedah.
Salam sayang dari ibu