Sedikit tips penyusuan anak

Ada banyak perkara yang pada dasarnya perlu kita ambil berat jika kita benar-benar ingin menyusukan anak. Namun bukan semua ibu terutama ibu-ibu yang kurang pendedahan mengenainya mengambil endah perkara yang sepatutnya dan tidak sepatutnya dilakukan.

Melalui pengalaman saya sendiri serta pengamatan saya sebenarnya untuk menyusukan anak perlulah lahir semasa bayi di dalam kandungan lagi.Persediaan mental dan jasmani sangat-sangat penting. Beberapa amalan yang saya belajar sendiri untuk penyusuan bayi adalah ;

1. Banyakkanlah membaca Al-Quran sepanjang masa. Bukan sekadar mengaji tetapi kita perlu mengkaji. Maksud saya kita perlu tahu atas segala surah dan keperluan surah tersebut dalam kehidupan seharian. Allah menjadikan kita Al-Quran bukan sekadar penghias almari mahupun penghias rumah tetapi bekalan kerohanian sepanjang hayat. Pengisian rohani sangat penting kerana untuk menyusukan anak memang banyak dugaannya. Tidaklah semudah yang disangka. Ia tidak boleh sekadar bergantung dengan niat semata-mata. Ia perlukan usaha ke arah itu.

2. Miliki buku-buku bacaan mengenai bagaimana menjadi ibu yang berjaya menyusukan anaknya… bukan sekadar berjaya dalam kerjaya tetapi berjaya membangunkan sunnah dan agama di dalam keluarga. Saya sendiri mendapatkan banyak info tentang bayi dan penyusuan dari buku-buku yang dijual di kedai buku. Bukulah teman akrab saya. Setelah itu baru saya berjinak-jinak dengan forum penyusuan.

3. Berkawanlah dengan ibu-ibu yang berjaya menyusukan anaknya. Kurangkan pergaulan dengan ibu-ibu yang hanya mementingkan diri sendiri berbanding anaknya. Golongan ini tidak membantu kita memotivasi untuk terus menyusukan anak sebaliknya mereka akan lebih pro kepada susu formula.

4. Pengambilan supplement digalakkan bagi ibu yang menyusukan anaknya. Ada yang bertanya….mengapa perlu ambil sedangkan saya tidak pernah skip even one meal? Supplement sangat-sangat penting agar badan kita tidak mudah letih. Jika kerjaya seseorang itu memerlukan lebih perhatian dan adakala boleh mengakibatkan keletihan mahupun stress , ini boleh menjejaskan pengeluaran susu ibu.Terlalu memikirkan tentang kuantiti susu ibu juga boleh menjejaskan pengeluaran. Ini kerana ia mengakibatkan perubahan hormon dalam badan dan secara langsung memberi impak yang besar ke atas production susu.

5. Kurangkan mengambil makanan yang boleh menyejukkan urat…antaranya pengambilan makanan dan minuman yang sejuk. Masih saya ingat bidan saya menegur saya memakan coselaw…katanya boleh makan kerana jamah tetapi tidak boleh banyak kerana ia sejuk dan mengakibatkan susu terjejas. Begitu juga dengan pengambilan minuman sejuk yang berais mahupun meminum air yang berkarbonat. Ia boleh menjejaskan pengeluaran susu ibu mungkin bukan hari ini tetapi esok lusa lambat laun susu ibu akan berkurang.

6. Berurut sekali sekala. Selain memanjakan diri berurut juga membantu pengaliran darah yang lebih lancar. Apabila ini berlaku dengan mudah susu akan mengalir tanpa ada sebarang masalah. Di samping itu mandilah dengan air suam tetapi bukan dengan air sejuk kerana dikhuatiri urat akan sejuk dan seterusnya susu akan kurang pengeluarannya.

7. Pump session bagi ibu yang bekerja dan stok ebm…. sangat penting.Pump session penting agar badan mudah untuk stimulate milk sepanjang ibu bekerja.Stok ebm…. Ianya akan lebih bermanfaat apabila si ibu perlu outstation ataupun berada dalam keadaan tidak sihat bayi akan tetap mendapat susu yang terbaik.

8. Bertawakal dalam segala urusan yang berkait dengan anak. Bermula dengan doa iaitu keperluan kerohanian diikuti dengan keperluan jasmani….kini kita bertawakal. InsyaAllah jika ini terus dipraktikkan, penyusuan susu ibu pasti akan berjaya mencecah 2 tahun! Allah akan bukakan jalan bagi mereka yang ada kemahuan.

Sekiranya ada mana-mana tips yang saya mungkin terlupa untuk dikongsi… bolehlah tambah. Saya juga masih lagi belajar untuk menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak saya!

Read more www.anakkuwiraku.com

One thought on “Sedikit tips penyusuan anak

  1. Salam, saya pun salah seorang ibu yang masih FULLY breastfeed anak saya yang sekarang dah berumur 1 tahun 11 bulan. Bukan senang nak lalui cabaran menjadi ibu yang motivated utk menyusu sepenuhnya anak.. hanya semangat, azam dan ilmu yang boleh membantu utk berjaya. Memang sebenarnya komuniti ibu yang menyusu badan masih kecil berbanding ibu yang memberi formula pada anak masing2.. anyway, nice and very informative blog.. saya nak link ye!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *