Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Perlunya bertanya dan sesi konsultasi

  Semalam ramai yang baru mengenali blog saya membuat pesanan Euphoria set. Namun seperti biasa saya akan ingatkan konsep asas penyusuan terutama yang mendapatkan vitamin untuk terus menjayakan penyusuan susuibu.

 Saya turut sediakan panduan bagaimana membuat sesi perahan yang konsisten bersama cara makan yang betul. Pengambilan vitamin perlu ada cara dan tips yang betul kalau tidak ia tak beri kesan kepada pengamalnya.

Begitu juga dengan pengambilan alfalfa yang membantu mempercepatkan penghasilan susu namun tahukah anda pengambilan dengan cara yang salah boleh membuatkan duktus susu tersumbat malah lebih teruk jika susu semakin kering?

Saya dah amal Shaklee 11 tahun, maka perkongsian saya memang menekankan ilmu supaya kita tahu kenapa kita makan, cara yang betul supaya dapat kesan yang optimum.

Maka sekiranya anda baru mencuba supplement, tanya dengan secukupnya kepada pengedar serta konsultasi yang beterusan supaya anda lebih memahami keperluan supplement kepada anda. Setiap orang punya cara konsult yang berbeza namun pastikan anda dapatkan semula pengedar anda sekiranya anda punya permasalahan. Demi mengelakkan pengedar yang pandai berjual tetapi tak tahu langsung apa kepentingan produk yang di cadangkan.

Ada sorang customer ini mahu membeli vitamin C sebanyak 3 botol, lantas saya bertanya …” tahukah sebotol vitamin C Shaklee boleh consume untuk sehingga 6 bulan?” lantas customer saya jawab …” Oh tak tahu pula, sebab sebelum ni pengedar lama saya kata sebotol memang untuk sebulan. Maka saya beli untuk 3 bulan sekaligus…jimat postage “. Beliau membeli dengan saya sebab pengedar lama telah berpindah dan tak dapat dihubungi.

Tersenyum seorang diri memikirkan cara pemasaran pengedar….kalau ya pun nak berjual, berpada-padalah.
So sebagai pembeli, bertanyalah sehingga anda benar-benar yakin dengan pembelian yang bakal anda buat.

Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi .

Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Read more www.anakkuwiraku.com

One thought on “Perlunya bertanya dan sesi konsultasi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *