Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Pengenalan Penyakit

Pengenalan Penyakit

Assalamualaikum dan selamat sejahtera bagi yang bukan beragama Islam.

       Sudah tentu apabila anda membuka laman web ini, anda semestinya sedang mencari suatu jalan penyelesaian kepada permasalahan yang berkaitan masalah kesihatan. Bila bercerita tentang kesihatan, perkara yang paling menggerunkan ialah apabila anda disahkan menghidap sesuatu penyakit yang sukar diubati seperti kanser dan sebagainya.

      Walaupun sekarang ini terdapat pelbagai cara rawatan menggunakan teknologi moden, penyakit yang ada pun seolah-olah semakin kebal dan berleluasa. Ramai yang kita dengar menghidap penyakit lebih daripada satu jenis. Dah jadi macam kopi pula, ada 5 dalam 1 dan sebagainya. Mengapa ini semua masih berlaku di zaman yang moden ini?

      Bila datang sakit kepala, kita mesti teringat untuk makan ubat penahan sakit kepala. Bila batuk, kita makan ubat batuk. Bila selsema, kita makan ubat selsema.

      Adakah semua ini merawat penyakit yang kita alami ? Sama-sama kita fikirkan…. Ubat-ubat di atas tadi sebenarnya hanya merawat GEJALA penyakit yang ada dalam diri kita tetapi tidak merawat PUNCA penyakit itu. Masalahnya, tidak mudah untuk kita mengenali punca-punca penyakit terutama jika kita terlalu taksub dengan kandungan buku-buku teks perubatan barat yang menyatakan bahawa banyak punca penyakit tidak dapat dikenalpasti / Idiopatic. Disebabkan mungkin kita malas atau sombong dengan sedikit ilmu yang Tuhan berikan, kita menutup pemikiran kita kepada pendapat orang lain dan tidak mahu MENGKAJI tentang kejadian punca penyakit. Untuk merawat penyakit, kita perlu merawat kedua-dua punca dan gejala penyakit tersebut. Setiap kaedah rawatan sama ada perubatan moden, perubatan komplimentari ataupun perubatan islam ada peranan masing-masing. Ilmu yang Tuhan kurniakan kepada kita sebaiknya dikongsi, digabung dan diintegrasikan untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. Kaedah inilah sepatutnya pada pendapat saya wajar digelar Perubatan Holistik atau Menyeluruh. Walau apapun perkaranya, kita hanya mampu membuat ikthiar tetapi Tuhan yang akan menentukan segala-galanya.

       Saya tertarik dengan kata-kata seorang saintis yang hebat suatu masa dahulu, Albert Einstein :  ” Science is NOT all about LOGIC / Ilmu sains bukanlah segala-galanya berkaitan sesuatu yang logik”. Begitu juga dengan penyakit. Pada pendapat saya, untuk menangani atau mencegah penyakit, kita perlu banyak mengkaji dan berfikiran terbuka  tentang kaedah-kaedah merawat PUNCA dan GEJALA penyakit.  

PUNCA –>  PENYAKIT –> GEJALA

      Di dalam Kitab Suci Al-Quran, banyak diceritakan tentang kejadian kehidupan yang berpasang-pasangan. Tuhan tidaklah zalim kerana sebelum diturunkanNya Penyakit, Dia turunkan dahulu Penawarnya. Kita sebagai hambanya hanya perlu mencari di mana penawarnya. Untuk mencari penawar, kita perlulah ada ilmu. Untuk mendapat ilmu, kita perlu  meminta Tuhan memberi panduan agar kita dapat membezakan yang baik dan yang buruk.

 
      Di laman web ini, saya mahu berkongsi dengan anda semua sedikit ilmu yang Tuhan telah berikan kepada saya. Diharap ruangan ini dapat memanfaatkan anda semua. Anda boleh mengikuti setiap halaman satu persatu mengikut aturan atau terus pergi ke laman yang dikehendaki dengan menekan setiap ikon . Di laman web ini juga saya sertakan link-link yang berguna berkaitan kesihatan dan penyakit. Sila tatapi laman web ini dengan hati yang terbuka dan kongsikan kebaikan ini dengan rakan-rakan anda. Kepada anda yang berminat dan tidak mahu melepaskan peluang di dalam usaha kami ini, silalah hubungi kami melalui talian yang tertera. TERIMA KASIH…  
Mengenalpasti Punca Penyakit
    Membicarakan hal ini bukanlah mudah seperti disangka. Ini kerana setiap penyakit terhasil daripada pelbagai punca yang mana sukar untuk kita buktikan secara satu persatu. Berikut adalah beberapa teori yang banyak diperkatakan oleh para saintis di seluruh dunia.

Radikal bebas punca sakit kronik*


       SAINTIS percaya, kehadiran radikal bebas boleh mengancam kesihatan dan menjadi penyebab utama kepada pelbagai masalah kronik.
       Malah, kehadiran radikal bebas juga sering menjadi kebimbangan kerana ia dikatakan boleh mempercepatkan proses penuaan dan meningkatkan risiko penyakit seperti jantung, strok, kencing manis, artritis dan kanser.

      Saintis juga menganggarkan lebih 10,000 radikal bebas menyerang sel badan kita setiap hari. Radikal bebas ialah atom atau molekul yang sangat aktif dan tidak stabil kerana mempunyai satu elektron tidak berpasangan dalam strukturnya.

      Untuk menjadi stabil, atom atau molekul ini perlu mendapatkan satu elektron. Caranya ialah dengan mencuri satu elektron daripada molekul lain dan molekul ini pula akan menjadi radikal bebas kerana ia tidak lagi stabil.

     Bagi mengembalikan kestabilannya, molekul kedua ini akan mencuri elektron daripada molekul lain dan proses ini akhirnya akan membentuk rantaian radikal bebas.

    Rantaian reaksi spontan ini akan menyebabkan kerosakan fungsi sel dan boleh membawa kepada kematian awal sel berkenaan.

    Dari mana datangnya radikal bebas ini? Radikal bebas dikenal pasti berpunca daripada beberapa sumber, iaitu:

 


  • Makanan tidak sihat — Makanan berlemak, bergoreng dan hangus (seperti kepingan hitam pada sate atau ikan bakar).

     



  • Minuman beralkohol.

     



  • Rokok — Sebatang rokok dikatakan membebaskan 3 trilion radikal bebas ke dalam sistem peredaran darah.

     



  • Tekanan — Semua bahan kimia dan sesetengah hormon endokrin menghasilkan radikal bebas.

     



  • Bahan kimia toksik (seperti racun serangga).

     



  • Sinaran ultra ungu.

     



  • Pencemaran alam sekitar.

         Penghasilan radikal bebas berlaku sepanjang masa dan ia sukar dikawal.

         Bagi mengimbangi kemusnahan sel akibat serangan radikal bebas ini, ramai penyelidik, terutama dalam bidang kesihatan dan kecantikan, berlumba-lumba mencipta barangan mengandungi antioksidan.

        Antioksidan adalah bahan yang dikenal pasti dapat menghapus atau melemahkan radikal bebas dengan mendermakan satu elektron atau mendermakan satu elektron kepada radikal bebas.

        Inilah caranya antioksidan bertindak menstabilkan radikal bebas, sekali gus melindungi kerosakan sel badan.

        Antioksidan boleh ditemui dalam beratus bahan semula jadi, terutama sayur-sayuran dan buah-buahan.

        Pigmen yang memberi warna kepada sayur dan buah yang secara umumnya dipanggil fitokimia inilah sumber antioksidan terbaik.

        Inilah sebabnya kita disaran mengambil lima hingga sembilan hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari.

        Bagaimanapun, dalam keadaan hidup kita hari ini, saranan pakar pemakanan itu sukar diamalkan.

        Apatah dengan kaedah penyediaan makanan yang kurang baik, bahan antioksidan boleh hilang begitu saja.

      *dipetik dari Harian Metro,
    oleh Norlaila Hamima Jamaluddin

    Kekurangan oksigen dan badan berasid        

        

          Jelas badan manusia hari ini tidak berfungsi dengan berkesan disebabkan kekurangan oksigen. Kekurangan oksigen yang kronik, atau keadaan anaerobik, pada tahap sel akan membawa kepada pengumpulan toksin berbahaya dan kumuhan berasid di dalam sistem kita, menjadikannya tempat pembiakan bakteria, virus dan patogen. Lebihan kumuhan berasid di dalam badan manusia adalah penyebab utama penyakit. Keadaan anaerobik boleh menyebabkan mutasi sel.

            Ramai penyelidik dan pakar perubatan bersetuju bahawa pertahanan terbaik terhadap bakteria, virus dan penyakit kronik adalah badan yang beralkali. Keseimbangan pH badan adalah pertahanan pertama bagi sistem imun anda. Semakin ramai saintis mendapati bahawa bakteria, virus, fungi dan juga sel kanser dapat membiak dengan pantas dalam darah berasid tinggi, tetapi tidak dapat hidup dalam persekitaran alkali yang sihat. Jadi tahap pH yang ideal bagi badan manusia dan darah adalah antara 7.35 dan 7.45. Badan kita juga akan menjadi berasid daripada cara hidup yang berasid seperti cara pemakanan yang tidak seimbang, kurang bersenam, tekanan yang tinggi dan juga kekurangan tidur.
              Tidak dapat dinafikan, minuman dan makanan yang kita ambil seharian sudah kurang nilai khasiatnya. Mengikut kajian, manusia memerlukan sekurang-kurangnya 60 jenis zat galian disamping pelbagai vitamin. Kehadiran zat galian yang mencukupi adalah pemangkin kepada pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh vitamin-vitamin di dalam badan. Dengan kata lain, badan perlu dilengkapkan dengan zat galian sebelum kita berfikir panjang tentang pengambilan vitamin. Persoalannya, mengapakah pengambilan vitamin-vitamin lebih dititikberatkan daripada pengambilan zat galian ? Mungkin kerana zat galian sukar didapati. Hakikatnya, kita telah banyak kehilangan zat galian ke dasar lautan akibat penggunaan tanah yang tidak seimbang.
    PUNCA – PUNCA ASAS BERLAKUNYA PENYAKIT :
    FAKTOR SPIRITUAL
    1. Ujian Tuhan atas kesabaran hambaNya
    2. Balasan Tuhan untuk menyucikan dosa-dosanya di masa lalu
    3. Ingatan Tuhan agar kita sedar akan kesilapan yang dilakukan
    4. Gangguan Jin dan Sihir sama ada berbentuk belaan keturunan, sihir keturunan, kesan amalan  atau perbuatan sihir
    5. Hilangnya keikhlasan dari hati
    FAKTOR MENTAL
    1. Tiada ketenangan jiwa
    2. Kurang bersyukur dengan pemberian Tuhan
    3. Terlalu mengejar kesempurnaan
    4. Kurang kekuatan menangani stress
    FAKTOR GENETIK
    1. Mewarisi genetik penyakit keturunan sebelumnya
    FAKTOR DALAMAN BADAN
    1. Perjalanan darah yang kurang baik
    2. Kukarangan oksigen di peringkat sel
    3. Lebihan radikal bebas / toksik
    4. Kadar keasidan badan yang tidak seimbang
    5. Hidrasi Air yang kurang baik
    6. Pengambilan khasiat pemakanan yang tidak seimbang

  • Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM80 dan free delivery. Boleh isikan borang pesanan DI web ini atau sms kan kepada saya 012-8535689 Salam sayang dari ibu

    Read more www.anakkuwiraku.com

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *