Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Pengambilan kalsium boleh buat sembelit?

 Ada yang bertanya, benarkah pengambilan kalsium boleh membuatkan kita menjadi sembelit? Jawapannya ya. Oleh kerana itulah pengambilan kalsium perlu bersama unsur magnesium kerana ini akan mencegah sembelit dan Kalsium Shaklee atau nama khasnya ialah Ostematrix terdiri dari kalsium dan magnesium. Kalsium sitrat yang terkandung di dalam ostematrix  adalah bersifat lebih mudah diserap , lebih mudah dicerna dan berkemungkinan rendah untuk menyebabkan sembelit dan sendawa berbanding dengan kalsium karbonat. Ia juga mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menyumbang kepada pembentukan karang ginjal.

Petikan dari wikipedia. Credit to Wikipedia

Keluaran tenusu dan kalsium

Susu, yogurt, keju dan lain keluaran tenusu merupakan sumber utama kalsium dan juga diperkuatkan dengan vitamin D. Kalsium adalah mineral yang paling berlimpah dalam tubuh badan, akan tetapi juga merupakan satu daripada mineral yang paling berkemungkinan tidak dibekalkan dengan mencukupi dalam pemakanan manusia.

Tulang dan gigi yang sihat

Kalsium adalah penting bagi pertumbuhan normal dan penjagaan tulang dan gigi, dan keperluan kalsium haruslah dikecapi sepanjang hayat. Keperluan adalah paling tinggi semasa peringkat pertumbuhan, seperti peringkat kanak-kanak, semasa mengandung dan semasa penyusuan bayi. Kekurangan kalsium pada jangka masa panjang boleh mengakibatkan osteoporosis, di mana tulang semakin merosot dan peningkatan risiko retak/patah tulang. Keperluan kalsium boleh dicapai dengan memakan atau meminum sekurang-kurangnya 3 ke 4 sajian keluaran tenusu setiap hari.
Sesetengah keluaran tenusu, seperti keju keras dan susu lengkap, mengandungi kandungan lemak tepu yang agak banyak, yang boleh menyumbang kepada penyakit kardiovaskular. Oleh sebab itu, diet yang melibatkan keluaran tenusu rendah lemak haruslah diambil kira. Beraneka jenis keju rendah lemak yang dihasilkan daripada susu separa skim, seperti mozzarella, ricotta, keju kotej boleh dipilih.
Untuk orang yang mempunyai intolerans atau alah kepada keluaran tenusu, pengganti seperti susu soya biasanya mengandungi kalsium yang dicampur dalamnya.

Salam sayang dari ibu


Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *