Hari raya atau Krismas?
Akan abah dan ibu kenang tarikh keramat 4 Januari 2010 kerana inilah tarikh mulanya Addin menapak ke sekolah kebangsaan sebagai pelajar tahun 1. Seronok bukan kepalang kerana anak dah mula pakai pakaian seragam ke sekolah. Buat masa ini Addin ditempatkan dalam kelas 1 A, namun selepas menduduki ujian barulah diketahui kelas mana yang Addin layak duduk nanti. Ada soalan cepu emas dari cikgu Addin semalam… ibu mengandaikan soalan ini adalah untuk mengetahui sama ada murid itu beragama Islam atau bukan. Ini kerana rata2 penduduk Sabah dan Sarawak terdiri dari banyak kaum pribumi.
Cikgu perempuan itu mencuit bahu Addin dan bertanya… Hari Raya atau Krismas? Dengan selamba Addin menjawab…”Krismas”. Huhuhuhu..semasa Addin menceritakan semula , ibu terkejut namun ibu menjelaskan kepada Addin sepatutnya Addin menjawab Hari Raya kerana itulah perayaan yang kita sambut. Namun menjadi tanda tanya ibu… Adakah rupa Addin yang handsome itu menjadikan cikgunya confuse? Hmmmm….
Nasa pula 1st day ke play school… 1 jam dia menjerit…Ibu, ibu, ibu. Namun atas kebijaksanaan cikgunya Nasa berhenti menangis dan mula seronok berkawan.
Satu hari telah berlalu…..alhamdulillah.
Salam sayang dari ibu
hehhe…agaknyer ramai jawap krismas kot kak..
isk dah besar anak akak…dah sekolah dah dia
mmg seronok bile anak da start sek kan? sy pon mcm tu walaupon anak hanya pra sek, tp sy yg over tau.huhuu…
blaja rajin2 ye addin