Panasnya!!!
Miri sekarang ni cuacanya tak menentu…terlalu panas! Kami di rumah, aircond non stop. Anak-anak pula saya kerap mandikan agar tidak dehydrate. Walaupun mereka minum banyak air tapi dalam keadaan cuaca sebegini saya memang suka anak saya kerap mandi agar tidak mudah demam. Hmmm… bulan ni punya bil elektrik dan air sure melambung. Sarawak pulak elektrik bersumberkan gas berbeza dengan semenanjung. Elektrik tarif memang mahal. Air lebih kurang sama.
Dengan cuaca yang tersangat la panasnya, setiap petang Addin meminta abahnya membawa kami semua berjalan ke shopping complex. Bukannya nak beli apa pun tapi sebab nak aircond punya pasal.
Hmm… nasib baik performance drink ada lagi so dapatlah cover badan saya dari dehydrate. Mana taknya, cuaca panas dan dengan kita yang menyusu anak. Air? Jangan cakaplah.. bergelen-gelen kami teguk. Di Miri kami guna air R.O memandangkan nak beli air mineral tak larat la duit nak membayarnya. Satu botol ada 5 gelen lebih kurang 19 liter …selalunya boleh tahan maximum pun 3 hari. Tapi sebab cuaca panas, satu botol hanya bertahan 1.5 – 2 hari sahaja.
Tak sabar nak pindah duduk apartment. Barang-barang dah mula pack cuma tinggal beberapa aje yang plan nak let go kat sini aje. Kalau tiada aral barang boleh masuk kontena awal Mei.
Kalaulah panas dunia pun dah tak tahan, macam manalah agaknya kat akhirat kelak…