Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Nak berniaga tapi tak macam berniaga.

Sarip [bukan nama sebenar] ingin belajar ilmu persilatan. Dia menemui Tuan Guru Silat Masdor [bukan nama sebenar] dan Tok Guru Masdor menerima Sarip dengan senang hati sebagai murid persilatannya.

Sesi perguruan kini bermula. Di gelanggang Tok Guru Masdor berpuluh pemuda-pemudi berbaris untuk menimba ilmu persilatan dari Tok Guru. Semuanya dengan matlamat yang sama; iaitu untuk mempersiapkan diri menempuh cabaran hidup. Maklumlah, di zaman itu mereka yang menguasai ilmu persilatan di pandang tinggi.

Perguruan bermula, Tok Guru Masdor mencurahkan ilmu kepada semua anak muridnya. Cukup masa, seperti biasa Tok Guru akan duduk di tepi gelanggang utk membiarkan anak-anak muridnya meneruskan latihan sendiri. Sarip yang melihat Tok Guru Masdor duduk di tepi turut sama keluar gelanggang. Menurutnya, dia hanya mahu berlajar di bawah bimbingan Tok Guru Masdor. Itulah yg berlaku setiap hari perguruan.

Hari bertukar minggu, silih berganti bulan akhirnya tiba waktu pentauliahan. Anak-anak murid Tok Guru Masdor semuanya lulus ujian kecuali Sarip. Pastinya kerana jurus silatnya tempang. Lalu bertempiklah Sarip menyalahkan Tok Guru Masdor atas kegagalannya. Menyesal katanya memilih Tok Guru Masdor sebagai guru silatnya.

Dalam dunia business Shaklee pun kejadian di atas berlaku. Pada waktu kita register sebagai ahli, itulah ketikanya kita “commit” diri kita untuk belajar ilmu business dengan upline kita. Kononnya matlamat kita untuk memperbaiki taraf hidup kita (sama ada dari segi kesihatan atau pun kewangan). Pastinya upline kita akan menurunkan ilmunya semana yang mampu. Bila upline kita “duduk di tepi gelanggang”, maknanya kita sendiri perlu bergerak dan mempraktikkan (berlatih) ilmu tadi.

Jika kita yang “commit” utk berbusiness dalam Shaklee, mengapa kita tidak “take charge”?. Bagaimana kita nak “berlatih” jika kita masih bertanyakan tentang harga produk dari upline kita seolah-olah kita ini seorang Customer (instead of downline yg nak berbusiness Shaklee). Semua tentang produk dan konsultasi di kerah kpd upline. Jadi bila kita nak “berlatih dalam gelanggang silat”? Kebergantungan kepada upline seperti ini tidak akan memajukan diri kita. Jangan kelak bila member yang lain berjaya, kita pun menjadi seperti Sarip; menyalahkan upline kerana tidak membimbing kita.

Akhir kata, kita yang sign up borang ahli bermakna business ini business kita. “Take Charge”. Latih dan terus berlatih utk memantapkan “jurus silat” business kita. Sekali sekala dapatkan feedback dari Upline-upline kita.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk atau keahlian Shaklee; sila berhubung dengan saya melalui Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689

 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *