Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Murah, tapi sering diabaikan

Sepanjang menemani abah menjalani training basketball di stadium MABA, ibu berkesempatan membelek semula buku tulisan Dr. Bruce Miller mengenai garam mineral yang penting di dalam badan. Antara yang di tegaskan dalam tulisan beliau adalah mengenai zinc. Ramai yang tidak tahu kewujudan supplement ini, namun bagi mereka yang mengalami rambut gugur, kekurangan sperma, wajah berjerawat, luka yang berterusan pastinya nutritionist akan menyarankan pengambilan zinc dalam diet makanan harian mereka.
Jika dahulu, sesiapa yang menjalani pembedahan pastinya akan dibekalkan dengan ikan haruan untuk mempercepatkan proses baik luka, namun sedarkah kita apakah fungsi ikan haruan sebenarnya? Ikan haruan didapati mengandungi zinc yang tinggi berbanding dengan ikan lain. Maka kaitannya adalah zinc sangat penting untuk menyembuhkan luka.

dalam buku tersebut dinyatakan bahawa zink ni merupakan mineral yang diperlukan oleh badan untuk pemuliharaan dan pertumbuhan sel badan manusia. Ianya mempunyai kaitan dengan 300 jenis enzim dalam badan untuk membantu dalam metabolisma protein, karbohidrat dan lemak. Ia merupakan mineral kedua penting selepas zat besi.

Kepentingan zink ada saya nyatakan dalam post sebelum ini-antaranya…
1. pentng untuk sistem pertahanan badan- imune system
2. bertindak sebagai anti oksidan
3. membantu penyerapan zat/mineral yang lain seperti magnesium, kalsium dan beberapa garam mineral yang lain
4. mempercepatkan pembaikan tisu yang luka
5. membantu penghantaran oksigen dan pengambilan karbon dioksida dari tisu
6. membantu pertumbuhan tulang yang sihat
7. mengawal rasa,bau dan selera
8. terlibat secara langsung dengan sistem reproduktif manusia- kesuburan

Keperluan seharian ialah 15mg dan zink boleh didapati dalam kebanyakan makanan laut seperti kerang,tiram, daging merah, kekacang dan yogurt.

Shaklee juga mempunyai tablet zinc yang mudah untuk diambil sebagai supplement harian. Harganya juga sangat murah iaitu RM27 untuk 120 biji kalau saya tak silap.

Kekurangan zinc jelas kelihatan jika ada warna tompok putih atas mana2 kuku di tangan mahupun di kaki selain itu tiada selera makan, pembesaran terbantut, rambut gugur, luka lambat sembuh,rambut berkelumumur, rabun malam, hilang deria rasa dan bau,kurang nafsu sex dan kekurangan volume air mani..banyak lagi sebenarnya.

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *