Motivasi perlu ada untuk jentik diri dari lena yang panjang…..

Masa kerja cikgu orang tanya…kenapa kerja kalau suami kerja jurutera Petronas? Yang bertanya tu lupa yang jadi jurutera tu suami maka gaji tu gaji suami la kan?

Namun saya berhenti bukan kerana gaji suami dah terlebih tapi sebab saya nak besarkan anak kedua saya sendiri. Anak first saya kerja masa umur dia 2 tahun …memang kesian terpaksa tinggal rumah jiran.

Anak kedua saya nak besarkan sendiri depan mata. Tapi takkan nak duduk rumah goyang kaki aje kan? Dari situ saya dapat ilham nak Shaklee online dan boleh dibuat oleh sesiapa sahaja terutama surirumah supaya ada pendapatan sendiri.

Mak saya dulu amik upah buka jahitan baju…1 helai baju 1 sen. Bayangkan berapa ribu buat baru dapat rasa hasil lumayan. Rumah penuh dengan benang jahitan.

Zaman sekarang macam-macam bisnes online ada. Banyak pilihan. Terpulang pada kita nak uruskan bagaimana. Namun saya tetap sarankan mereka [ para isteri] yang amal Shaklee buat Shaklee walau part time dah memandangkan memang makan….why not kita share pada orang lain kebaikan yang kita dapat dan manfaatnya kawan kita sihat dan kita boleh merasa makan vitamin free kan?

Kelebihan berniaga Shaklee… semuanya boleh dibuat secara online. Kalau taknak simpan stok boleh order online dan Shaklee courier direct pada customer kita. Lengkap dengan insurans lagi tu !

Alhamdulillah melalui Shaklee walaupun ia bukan sistem makan gaji …tetapi lebih kepada bonus hasil berkongsi kebaikan produk ia membantu merealisasikan impian saya. Impian nak beri yang terbaik untuk anak-anak.

Tahun pertama -ketiga saya buat Shaklee pencapaian saya paling tinggi dapat bawa anak ke USS [ Universal Studio Singapore]. Itu pun share2 dengan suami.

Tahun 2012 pencapaian saya naik sikit bila dapat bawa anak dan suami ke Hong Kong Disneyland. Nak kata masa tu ada duit terlebih tak juga….ngam-ngam aje. Namun saya sentiasa fikir duit cari untuk anak…so ada lebih walau sikit memang untuk anak !

Mula dari tahun 2012 alhamdulilah balik Hong Kong Shaklee bagi trip mewah Umrah Turki.

Tahun 2013 kami mula panjangkan langkah berjalan ke Maldives …yang ni suami belanja sebab rai tahun pertama beliau WAHD! Anak-anak memang seronok dan siap request jadikan tempat bercuti tahunan kami sekeluarga insyaALLAH.

Tahun 2014 alhamdulillah ada rezeki dapat saya bawa anak dan suami ke London dan Paris.Padahal baru sebulan balik dari US dengan trip mewah Shaklee! Memang macam mimpi! Namun kepuasan itu tak dapat nak luah dengan kata-kata. Penutup 2014 suami belanja lagi ke Maldives sebab anak-anak teringin ke sana.

Tahun 2015 ada rezeki buka tahun dengan umrah…andai panjang umur dan diizinkan ALLAH. Saya nak kumpul duit pula ke Portugal dan Spain insyaALLAH. Walaupun ada trip international Shaklee ke Italy sedang menunggu…mudah-mudahan panjang umur untuk join trip tu.

Mula dengan niat dan angan-angan…bergerak ke arah itu supaya ada sesuatu yang menjentik diri dari lena yang panjang. Hidup ini tak tahu sampai bila…kenapa tak nak gunakan sebaiknya untuk anak dan keluarga kan? Bekerja atau berniaga hakikatnya kita usahakan untuk keluarga kan? Namun kalau kita terlalu sibuk untuk kejar duit tapi tiada masa untuk keluarga…kat mana nilai duit tadi?

Memang kejayaan tak datang sekelip mata tapi andai kita dah mengalah sekarang…bila agaknya impian nak jadi kenyataan kan?

Berminat nak buat Shaklee dari rumah dengan cara yang tenang dan hati yang seronok? Jom pm kami!

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari

 N2 @ Ibu Addinnasa

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *